“Manusia itu asalnya dari
tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa
masih bersifat langit?” -Hamka. Setinggi-tinggi perhargaan kepada Dr. Zanariah
Ismail yang menjurus saya untuk menghasilkan penulisan kecil tentang diri saya
dan coretan kenangan manis silam yang pernah dilalui untuk mengingatkan kembali
betapa kuatnya seorang kanak-kanak dan beraninya menempuh dugaan. Saya juga
berbesar hati diberi peluang mengambil subjek tekanan dan daya tindak FEM3105
ini dengan rakan-rakan yang lain. Saya menghargai setiap ilmu yang diberi dan
diajar dalam subjek ini. Aspek ini
memberi semangat dan nafas baharu kepada saya untuk memperjuangkan kehidupan
dengan meneruskan setiap langkah menjadi kejayaan. Alhamdulillah,dengan penuh
kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya , dapat saya menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Pelbagai pengalaman yang saya
dapati dalam subjek indah ini. Dr. Zanariah banyak mengingatkan tentang
hubungan dengan Allah yang harus dipelihara agar hidup tidak terumbang-ambing.
Menurut kata pujangga, “Apabila engkau fakir, maka ilmu itu adalah hartamu.
Apabila engkau kaya, maka ilmu itu perhiasanmu.”
Bismillahirrahmanirrahim,
permulaan kalam betajuk kenali saya dimulakan dengan nama yang diberi adalah
Nur Nadhirah bt Mohd Amin. Berumur 25 tahun. Lepasan graduan diploma di
politeknik Nilai dalam bidang landskap hortikultur. Merupakan anak pertama daripada
4 adik-beradik. 28 Mac 1997, pada hari Jumaat sekitar jam 9.00 pagi di hospital
Sabak Bernam adalah kelahiran saya yang paling bermakna di dunia. Berkulit agak
gelap dan berat 3.4kg. Berasal daripada Sabak Bernam Selangor di daerah luar
bandar. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 38 dan Sekolah
Rendah Agama Batu 38. Seterusnya mendapat pendidikan menengah selama setahun di
SAMTSSAAS Batu 38 dan berpindah ke SMKUA Sabak Bernam hingga tingkatan 5. Tidak
banyak yang ingin saya ceritakan dalam coretan ini namun segala yang terungkap
dapat memanjatkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan
menulis kenangan manis sewaktu dahulu kala.
Gambar dahulu :
Diri ini merupakan seorang yang bijak kerana menurut saya telah matang. Walaupun dahulu saya merasakan saya adalah manusia yang lembat dari segi pemahaman, namun itu hanyalah sisi lain yang membuatkan saya fikir negatif untuk tidak berusaha. Saya percaya manusia dilahirkan dengan keperibadian, kekuatan dan keunukan yang berbeza. Saya mampu mencapai sathu tahap yang saya rasa saya tidak boleh melakukan perkara itu dahulu. Dengan sokongan dan dorongan orang sekelilimg, sebenarnya saya bijak membuat keputusan dan saya tahu untuk bertindak secara bijak dan berfikir seperti seorang yang bijak. Saya memengang suatu hal iaitu semua orang akan mendapat rezeki yang berbeza dan ia bergantung kepada tahap kesyukuran seseorang insan. Lebih kita bersyukur, lebih banyak Allah akan bagi. Saya tidak mahu kata-kata negatif meracuni minda saya untuk menjadi seorang yang lemah dan dungu. Cantik! Saya tahu dan saya percaya saya seorang yang cantik. Allah menciptakan makhluknya dengan sebaik-baik ciptaan. Tiada sebab untuk saya mempersoalkan pemberianNya bahkan berfikir untuk mengubahkan seperti orang lain. Saya tidak akan jatuh tatkala mereka menyatakan saya “kau cantik hanya kerana yakin”, “dalam gambar cantik, depan-depan biasa sahaja”, “kulit gelap” dan bermacam lagi. Saya tahu hanya orang yang terbaik akan menghargai saya sebaik mungkin bahkan akan tetap percaya saya dalam sudut penampilan mahupun fizikal saya. Saya patut bersyukur kerana ramai lagi yang selalu terkena” body shaming” seperti gemuk, pendek, dan sebagainya namun memilih untuk tetap kuat dan yakin pada diri bahkan hal tersebut mampu mengeluarkan aura cantik dalam dirinya. Jadi, saya yakin dan percaya saya mempunyai kecantikan tersendiri. Sifat lemah lembut ini adalah gambaran daripada individu lain kerana sikap ini membuatkan orang mudah selesa dengan saya. Namun, bagi pendapat saya sendiri, lemah lembut adalah sinonim kerana sedari kecil lagi ibu bapa, nenek mementingkan adab bercakap, adab dengan orang tua, ada dan semua yang berkaitan dengan adab. Mungkin itu merupakan pandangan daripada orang lain yang kenal dan rapat dengan diri saya. Apa yang diri saya rasakan adalah lemah-lembut mungkin daripada persekitaran keluarga yang tidak terlalu berlebihan dan percakapan mahupun perbuatan dan ini merupakan pandangan daripada sudut diri. Sejujurnya, saya tidak tahu rasa empati yang tinggi ini adalah kekuatan mahupun kelemahan bagi diri saya lebih-lebih lagi terhadap orang tua. Sementelahan itu, saya juga percaya bersungguh-sungguh bahawa saya adalah seorang yang yakin pada diri dari sudut luaran mahupun dalaman. Hal ini dapat kerana saya sering mempunyai target dan kemahuan yang besar. Maka, saya akan sehabis mungkin mendapatkannya walaupun orang sekeliling mengatakan bahawa saya mungkin tidak boleh lakukan. Mungkin, kerana telah didorong sedari kecil untuk yakin dan percaya akan diri sehingga berjaya! 😊 merungkap kepada intipati yang lain, saya juga seorang yang berpendirian teguh dalam hal dan perkara yang menurut saya adalah yang terbaik. Walaupun terkadangnya pengaruh dan persepsi orang lain berbeza. Namun, saya juga percaya wahana dalam pemikiran saya juga punyai idea yang cukup bernas. Di sini, seorang yang berkaliber adalah diri saya ketika sudah mencapai umur meningkat dewasa. Hal ini kerana saya sudah kurang gemar bercakap tentang perkara sia-sia seperti contoh mengata orang, mengutuk perbuatan orang lain, mengambil tahu masalah orang lain dan tidak akan sama sekali.. sebagai manusia siap berkaliber itu perlu ada dalam diri seseorang apatah lagi saya juga merupakan anak sulong dalam keluarga. Saya perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada adik-adik dan kedua orang tua saya. Itu semestinya! Bak kata pepatah “ kecil-kecil cabai rawit” yang membawa maksud untuk diri saya ‘tampaknya kecil tetapi cerdik’. Ungkapan peribahasa ini bagaikan padan dengan diri saya. Begitu juga dengan seorang yang mempunyai karisma tersendiri, saya tidak mungkin diam seribu bahasa untuk meletakkan diri saya seperti orang biasa-biasa. Jangan salah faham.. maksudnya ialah dahulu saya merupakan ornag yang sering dihina kerana kurang bijak, kurang mempersona, tidak pandai bergaya dan banyak lagi. Namun, apabila menjengah ke alam dewasa, perkataan itu tidak lagi menggugat keyakinan saya bahkan saya buktikan dengan penampilan yang lebih ideal dan lebih menyerlah dan sesetengah daripada rakan saya menjadikan saya rujukan fashion. Kalah dengan mereka yang mengata saya dahulu. Hal ini sekadar menaikkan semangat saya agar tidak kekal sebagai orang yang sama mudah untuk orang lain memberi pendapatan sesuka hati tanpa mengira perasaan orang lain. Ini juga sudah dikegorikan sebagai “body shaming” bak kata orang barat. Maka, implikasi daripada itulah menjadikan saya seorang yang tidak mudah mengalah. Apa sahaja yang ingin saya lakukan adalah statik tanpa berubah kecuali pilihan yang saya lakukan adalah terpesong jauh. Ibu saya juga mengaitkan saya dengan sikap keras kepada seperti kata orang “jika pilih A,maka A lah pilihannya. Tidak hanya ibu, bahkan adik-beradik, saudara-mara yang lain bahkan teman lelaki juga bilang begitu. Disebabkan keistimewaan personality inilah saya rasa lebih matang pada hari ini. Lain daripada itu juga, saya merupakan seorang yang peramah namun hal ini berlaku jika mempunyai kepentingan tertentu kepada diri saya. Semakin meningkat dewasa, saya lebih mengenali diri sendiri bahkan sekecil-kecil perkara juga saya kenal pasti wujud dalam diri. Peramah ini tidak bermaksud saya seorang yang terlalu extrovert. Prsopek ini bertempat dan lebih sistermatik. Saya seorang yang agak pendiam namun jika kena pada tempat sekaligus mempunyai kepentingan, secara automatiknya mulut ini lebih ringan berbicara. Apa yang saya kenal pasti dalam hal ini kerana saya berpegang dengan satu kata oleh guru matematik saya iaitu “ jika kita bertanya akan sesuatu kepada orang lain, kita hanya akan kelihatan dungu dalam waktu 5 minit sahaja; dan jika kita malu bertanya umpama kita akan punyai pemikiran dangkal selamanya dan erti kata lain bodoh sombong”. Pesanan itu saya ingat hingga hari ini dan hal itu membuatkan saya buang rasa takut untuk meramahi seseorang secara berkhemah. Sensitif, tidak dinafikan gambaran ini adalah diri saya di mana saya mudah tersinggung jika seseorang berkata dengan nada tinggi, berkata kasar dan sebagainya yang tergolong dalam negatif. Ironinya, sensitif ini pada mulanya saya anggap sebagai kelemahan kerana sering mengambil kira pendapat orang lain. Namun lama kelamaan aspek ini berubah menjadi positif kerana saya lebih mudah memahami perasaan orang lain seperti golongan tua, keluarga terdekat dan ramai lagi; akibat daripada ini saya tidak mudah mengeluarkan perkataan yang mampu menyakiti hati orang lain. Izharnya, 10 ciri di atas adalah gambaran diri saya dari dahulu hingga kini.
5.
"Ayah, yang tak
banyak bicara terkesan tidak peduli, tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya
hanyalah kita."
Ayah, seorang yang sayang
kepada anak-anaknya walaupun pada dasarnya tidak dipamerkan. Beliau seorang
yang berusaha memenuhi keperluan anak walaupun pada dasarnya agak mustahil atau
berat. Namun apa yang saya lihat benar dia akan berusaha sebaik mungkin selari
dengan seorang yang faham keperluan anak-anaknya. Kami bertiga saya, Nabilla,
dan Najmi tinggal di asrama sejak di bangku sekolah lagi. Jadi, ayah akan
berusaha menjenguk, menghantara makanan bahkan memberi belanja kepada kami
walaupun asrama setiap daripada kami
jauh. Ayah juga seorang yang prihatin terhadap orang lain di mana sering
membantu rakan-rakan lain yang dalam kesusahan, apatah lagi adik-beradiknya.
Ayah juga seorang yang santai dan seorang yang percaya kepada keputusan
anak-anak. Oleh hal demikikan, lazimnya kami sebagai anak-anak membuat
keputusan sendiri dan bernas dengan pantauan kedua ibu bapa kami.
6.
mi madre
Ibu seorang yang berhati
lembut kerana ibu sering baik dan sayang kepada kami adik-beradik. Setiap ibu
pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Apa yang jujur dalam hati ini adalah ibu
merupakan seorang yang penyayang. Beliau mencurahkan kasih sayang sepenuhnya
kepada kami 4 beradik tanpa membezakan. Saya juga bersyukur mempunyai ibu
bahkan terkadangnya kami berdua berbeza pendapat. Namun, dalam satu sudut, saya
menyedari beruntungnya saya mempunyai ibu berbanding anak-anak yatim piatu yang
menagih simpati dan kehausan kasih sayang ibu. Ibu juga seorang yang percaya
kepada anak-anaknya. Walaupun kami tahu terkadang sebagai anak tidak memberikan
yang terbaik namun ibulah satu-satunya yang percaya kepada kemampuan dan
kebolehan seorang anak. Ibu juga seorang yang tidak mudah mengalah jika
menginginkan sesuatu yang tidak mustahil baginya. Buktinya, ibu mampu memberi
sokongan pelbagai sudut untuk kami empat beradik mendapat kehidupan yang
terjamin contohnya pendidikan yang baik, menyokong adik ketiga untuk bekerja
sesuai dengan minatnya dan mendorong kami menjadi orang yang berguna. Ibu juga seorang
yang sensitif dan mudah tersentuh dalam banyak hal. Contohnya ibu tidak mampu
melihat anak-anaknya dalam kesusahan bahkan terkadang berita di media sosial
membuatkannya menitiskan air mata. Bukan itu sahaja, filem Hindustan yang
memaparkan babak sedih juga meruntun jiwanya dan mengaliarkan air matanya.
Seingat saya ketika kecil, saya turut sama mengalirkan air mata bersama ibu
yang puncanya entah mengapa. Akibat daripada itu, ibu tertawa kerana melihat
telatah saya yang juga mudah tersentuh. Di samping itu juga, ibu seorang yang
mudah terhibur kerana kami sering bergurau tatkala meningkat dewasa. Saya
merasakan “bonding” di waktu ini amat bermakna berbanding ketika saya meningkat
remaja kerana amat berbeza pendapat dan kurang matang. Namun, ini tidak lagi
kerana masa ini adalah yang terbaik dan tidak dapat dikembalikan dan patut
dihargai selagi saya belum berumahtangga seperti rakan-rakan yang lain.
7.
Gambaran ketika waktu kecil
Menurut ibu, saya petah
berkata-kata berusia seawal usia 1 tahun dan menurutnya juga perkataan yang
disebutkan jelas berbanding kanak-kanak yang percakapannya pelat. Beliau pada
ketika itu berasa teruja kerana seorang yang bijak dan cepat mempelajari
sesuatu. Saya kira mungkin kerana keadaan di rumah agak huru-hara dan sering
bercakap di hadapan saya maka saya petah berbicara. Ibu juga menyatakan saya
mula berjalan ketika menjengah umur 8 bulan dan hal ini menurutnya amat
memberansangkan. Ayah juga menyatakan bahawa saya seorang yang mudah menangis
dan selalu dibela oleh adik. Ketika saya menangis apabila dibuli atau diganggu
kanak-kanak lain, pasti adik akan membantu dan saya selitkan sedikit kelucuan
di mana adik saya, Nabilla pernah menggigit salah seorang kanak-kanak yang
membuli saya hinggakan luka di pinggulnya hingga kanak-kanak itu menangis.
Mungkin terbalik fenomena alam yang sepatutnya kakak yang membela sang adik. Namun,
berlaku sebaliknya, begitulah kehidupan. seorang yang periang, seorang yang
mendengar kata. Selain itu saya juga seorang yang lasak dan aktif kerana sering
memasuki apa jua jenis pertandingan di sekolah rendah. Anataranya nasyid,
marhaban, dikir barat, sukan, bersajak, bersyair dan banyak lagi. Ibu juga
menyatakan saya seorang kakak yang penyayang terhadap adik-adik kerana mungkin
sudah wujud sikap tanggungjawab sebagai kakak untuk menyayangi adik-adiknya. Di
samping itu juga, saya amat rapat dengan moksu seperti gambar di tengah kerana
saya merupakan anak buah kesayangan moksu ketika kecil. Saya juga akui saya
gemar mencuba walaupun berakhir dengan kekalahan namun hal ini merupakan satu
kepuasan kerana berani mencuba dan semestinya dengan dorongan keluarga. Tanpa
mereka, siapalah diri ini, dan kerana doa mereka saya berada di sini mencoretkan
kisah manis dalam kehidupan yang pernah saya lalui. Bukti keaktifan saya
terserlah dengan parut yang banyak di lutut akibat berlari dan tidak takut
jatuh banyak kali. Apa yang saya pelajari sewaktu kecil adalah sebanyak mana
kita jatuh, kita menangis namun kita bangkit kembali untuk meneruskan
perjalanan. Namun berbeza sudut dewasa, kita mudah mengalah dan berputus asa.
Saya sering terlupa bagaimana terujanya saya dan bersungguhnya saya untuk
mendapatkan sesuatu namun kini, saya sering berundur dan memilih untuk mengalah
mendapatkan apa yang dimahukan. Gagal sekali, bukan bermakna kita gagal
selamanya. Ada satu petikan menarik yang saya ambil daripada animasi Mulan
iaitu “Tidak kira bagaimana angin bertiup, gunung tidak boleh tunduk kepadanya”.
Sewaktu di tadika, saya
merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam kalangan murid-murid dan
sentiasa mendahului orang lain dalam kecemerlangan. Saya seorang yang tidak
mudah mengalah kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat. Saya didorong oleh
ibu, nenek, ayah dan moksu. Saya juga merupakan pelajar kesayangan sewaktu di
tadika dan saya tidak pernah menghakimi kawan-kawan yang tidak tahu membaca dan
menulis. Malah, saya gemar mengajar dan belajar bersama mereka agar mempunyai
kecemerlangan yang sama.
Saya sudah pandai menaiki
basikal seawal 5 tahun lagi. Hal ini kerana pada masa itu, nenek saya amat
tegas dan mahu saya belajar dengan cepat agar saya dapat menjadi contoh kepada
adik-adik. Nenek saya adalah orang yang selalu mendahului pelbagai hal kerana
itu merupakan pencapapaian terbaik untuknya. Apa yang saya masih ingat, nenek
memegang sebatang kayu sambil menunggu saya untuk mahir mengayuh basikal. Tidak
dinafikan pada masa itu saya amat takut, namun beliau setia menemani walaupun
di tangannya mempunyai sebatang kayu. Sekarang, saya percaya akan diri, beliau
selalu mendorong saya untuk berani mencuba sesuatu yang baharu tanpa rasa
takut.
Di bangku sekolah rendah,
sewaktu berumur 7 tahun, saya sering bersaing dengan rakan karib untuk mendapatkan
tempat pertama dalam pelajaran. Para guru juga selalu memberi semangat kepada
saya agar dapat mendahului rakan untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas.
Apa yang paling saya banggakan, walaupun setiap kali ujian, rakan saya, Dalilah
sering menduduki takhta namun tidak pada akhir peperiksaan. Saya berjaya
mendapat keputusan cemerlang di sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Pelbagai
jenis hadiah yang diberikan oleh ramai orang dan kenangan itu tidak dapat saya
lupakan sehinggakan pada ketika itu, tahun 2004, moksu memberikan computer
mainan sebagai cenderahati.
Saya seorang yang tidak takut pada semua hal yang ingin dilakukan. Ketika berumur 8 tahun saya seorang yang amat aktif. Pagi hingga ke tengahari saya pergi sekolah kebangsaan, pulang pada jam 1.15 dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah agama. Pada ketika itu, sedikit rasa penat tidak pernah timbul dalam diri dan saya persoalkan hal itu pada masa kini. Ia amat memenatkan untuk seorang kanak-kanak namun begitu, pada waktu malam saya mempunyai Latihan silat di kampung sebagai asas benteng diri hinggakan lewat jam 11 malam. Saya akui pada masa itu, saya tidak pernah mengeluh malah bangga kerana mempunyai pencapaian silat berbanding rakan-rakan yang lain. Saya bersama adik sering membuat persembahan tatkala undangan hari perkahwinan dan mendapat banyak sambutan kerana kami masih kecil pada masa itu. Hampir setiap hari mempunyai rutin yang sama walhal kini saya amat letih dalam melakukan pelbagai hal. Saya masih ingat ketika itu, ibu selalu ada untuk mendukung saya dan memberi kata-kata semangat untuk saya melakukan yang terbaik dalam segala hal. Saya juga rindukan kantin sekolah di mana pada masa itu, saya dan rakan-rakan akan makan bersama sehinggakan makcik kantin berang terhadap kami kerana selalu meminta kuah laksa untuk diletakkan di dalam nasi lemak. Persahabatan kami alamdulillah tidak berhenti setakat itu kerana hingga kini, kami masih sering berjumpa walaupun masing-masing sudah mempunyai haluan. Kami sebagai satu kumpulan yang dikenali dalam sekolah kerana kami dalam kalangan antara pelajarr pintar. Setiap kali wujud acara yang diadakan di sekolah, pasti ada muka kami. Secara jujur, saya amat rindu kenangan pada masa itu. Kami pernah menyertai marhaban di sekolah agama dan masih terngiang suara halus di saat mengalunkan nasyid marhaban yang diajar oleh Ustazah Zakiah. Saya juga menyertai pertandingan mukhawah ketika darjah 2 di sekolah agama di mana saya dan rakan perlu berkomunikasi Bahasa arab dan kami ditemani ustazah Asiah ketika itu. Perasaan takut pada masa itu amat tinggi kerana saingan petah berbicara Bahasa arab. Namun, ustazah Asiah ketika itu, memberikan semangat agar kami tidak rasa gentar. Saya juga pada ketika itu, amat mudah menerima pelajaran khusunya sudut agama kerana para pengajar menarik minta pelajar untuk mudah faham dan mudah hafal. Saya juga amat bangga kerana minda saya amat mudah mengahal ayat suci al-quran di mana ketika itu, setiap pelajar perlu menghafal beberapa surah panjang, dan saya mampu menghafalnya dalam waktu yang singkat dan cemerlang. Itulah perkara yang saya paling bangga dahulu kerana mudah menghafal yang agak panjang dalam waktu singkat.
9 tahun, adalah umur bermakna bagi ibu, nenek dan keluarga kerana saya berhasil khatam al-Quran. Terima kasih tidak terhingga kepada guru mengaji saya Hajah Saodah yang banyak memberi dorangan dan didikan dalam menamatkan pembacaan. Pada ketika itu juga, saya merasa bangga kerana melihat semua wajah ceria dan mendapat penghargaan bunga telur dan macam-macam lagi. Syukur kerana saya diberi peluang untuk khatam ketika masih kanak-kanak. Selain itu juga, saya sering dijemput oleh pengantin yang berkhatam Al-Quran untuk sama-sama mengalunkan ayat suci tersebut. Hal ini mungkin kerana yang genit dalam membaca membuatkan para penonton gembira mendengar dan mengalunkan bersama di hari bahagia mereka.
Pada umur 12 tahun,
banyak pertandingan yang saya dan rakan-rakan ceburi hinggakan guru emngajar
bimbang akan keputusan UPSR pada ketika itu. Saya menyertai pertandingan nayid
karaoke di sekolah kebangsaan Sungai besar hinggakan kami mendapat tempat kedua
pada ketika itu. Kami menyayikan lagu halimatun saadiah sebagai ibu susu nabi
dan hingga kini saya setiap patah perkataan dalam lagu tersebut masih bermain
di ingatan. Saya juga menyertai nasyid di sekolah agama dan memegang rol pemain
muzik utama iaitu congo dan bongo dan saya amat mahir dalam bermain alat muzik
tersebut. Daripada hal tersebut juga, saya diberi kepercayaan untuk bermain
alat muzik yang bernama ‘gendang ibu’ mewakili dikir barat dalam persatuan
Putri Islam. Pada masa itu, saya seorang saja yang mampu mengendalikan alat
tersebut dan mudah belajar. Dalam pada itu, kami mendapat johan dan layak untuk
pergi ke peringkat negeri. Saya amat bangga dengan pencapaian saya ketika itu
di mana saya suka menceburi apa jua jenis pertandingan di sekolah. Selain
daripada itu juga, saya diberi kepercayaan untuk mengetuai ahli Putri Islam dan
diberi kepercayaan sebagai penghuliwati. Pada ketika itu, walaupun merasakan
diri saya tidak hebat seperti orang lain, namun ada guru yang mempercayai
kebolehan saya untuk menyandang jawatan tersebut. Tambahan juga, saya juga
gemar bersukan dan sering mendapat tempat pertama dalam acara sukan tahunan
sehinggakan saya mengalahkan rakan yang yang handal dalam larian. Saya juga
aktif dalam menyertai acara bola jaring hingga layak menjadi wakil sekolah pada
ketika itu. Buktinya yang masih segar dalam ingatan, gambar dalam kad pengawas
perpustakaan menampakkan bengkak muka akibat terkena balingan rakan yang kuat.
Namun sayangnya gambar itu telah tiada. Tidak dapat digambarkan kebanggan saya
pada ketika itu kerana setiap pelosok acara, pertandingan dan banyak lagi saya
ceburi tanpa memikirkan kekalahan atau pun implikasi jika kalah.
9.
Nama panggilan ketika itu
tiada, hanya panggilan biasa dalam keluarga seperti kakak, dan dhirah. Namun
kawan-kawan pada ketika itu mula menggelar sebagai Nad mungkin memudahkan untuk
menyebut. Tetapi, ada seorang rakan lelaki yang gemar menggelar saya dengan
nama misae (seperti dalam kartun Sinchan). pada ketika itu, saya amat malu
dengan panggilan tersebut. Menurutnya, panggilan itu sesuai dengan wajah saya
yang mempunyai kumis berbeza dengan kanak-kanak perempuan lain. Namun, apabila
kenangan itu menyapa kembali, saya merasakan hal itu menjadi sesuatu memori
pada zaman kanak-kanak. Reaksi ketika itu amat mudah, saya tidak terlampau
mengambil hati apatah lagi berdendam. Ssedkir perkaitan dengan nama panggilan,
saya mempunyai panggilan baharu ketika menginjak ke alam sekolah menengah di
mana saya digelar ‘chipmunk’ akibat daripada suara yang terhasil pada ketika
itu. Ketika pindah ke sekolah baharu di SMKUA Sabak Bernam, saya berani
melontarkan suara untuk mengawal kebisingan kelas pada ketika itu. Namun,
mereka bukan kata takut, malah lebih kepada terhibur. Hal ini menyebabkan saya
berasa nyaman dan lebih selesa untuk lebih rapat dengan mereka. Impak daripada
itu juga, mereka menggelar panggilan tersebut hinggakan tingkatan 5. Lebih
mengejutkan, panggilan itu dilabel oleh hampir satu ‘batch’ di sekolah saya. Mungkin
kerana sikap itu, mereka lebih mudah mesra berkawan dengan saya.
10.
Lucu? Sudah pasti saya ada kenangan tersebut!
Gagal lesen memandu hanya kerana break
kecemasan!
Mungkin bagi sesetengah
orang merasakan ia merupakan perkara yang simple. Namun, bagi saya ia adalah
sebuah kenangan yang paling lucu dalam hidup saya kerana gagal break kecemasan
semasa ujian memandu motorsikal. Hal ini berlaku pada kedua kali percubaan
dalam ujian memandu motorsikal tersebut kerana hal ini tidak patut berlakuk
dalam kalangan peserta. Niat di hati pada ketika itu adalah untuk membuat aksi
yang agak menakjubkan seperti punyai zassss ketika break motor. Namun saya
salah langkah, ketika melakukan break kecemasan, saya melebihi garisan yang
sepatutnya malahan pemantau yang bertugas lihat akan kejadian tersebut. Dalam
hati pada masa itu, “alamak… habislah aku…” hati semakin berdegup kencang
hinggakan pada saat mengambil kertas ujian sudah terbukti “gagal” yang menerpa
dalam kertas tersebut. Saya pulang dengan rasa kecewa dan berharap nenek tidak
marah dan bersyukur, nenek saya memberikan kata-kata semangat untuk jangan
mengalah dan sering berdoa agar dipermudahkan. Pada keesokan harinya, saya pun
bercerita kepada rakan-rakan untuk berkongsi dan tidak semena-mena cikgu Razak
mendengar perbulan saya dan rakan. Hal ini juga berlarutan seminggu kerana
cikgu sering mengaitkan pembelajaran momentum dengan keadaan saya yang gagal
dalam ujian memandu motorsikal. Namun, hal ini amat lucu bagi saya kerana
mereka memperoalkan penampilan saya yang kecil mampu membawa motor dan pula
gagal dalam break kecemasan. Ada yang mengatakan ‘mungkin nak tunjuk hebat lah
tu’. Hehe..sedikit pun saya tidak mengambil hati dengan usikan dan perkaitan
antara saya dan pembelajaran sains ketika tingkatan 4. Hal ini dianggap lucu
bahkan saya suka melihat orang gembira dengan gelagat saya yang menghiburkan.
Saya juga dikenali sebagai seorang yang ceria malahan sering menceriakan
suasana.
Kenangan hidup di
asrama ketika sekolah menengah
Perkara yang saya tidak
dapat lupakan sampai bila-bila. Saya mula pindah di asrama SMKUA (Sekolah
Menengah Kebangsaan Ungku Aziz) ketika berumur 14 tahun. Saya mula mengenal
suasana asrama dan bijak mengurus diri sendiri semasa di asrama dan saya hargai
setiap detik pengalaman indah, pahit, manis, jerih mahupun perih. Kehidupan di
asrama menurut saya penuh dengan warna warni kerana mempunyai rakan setiap masa.
Ada ketika suatu masa, kami tidak dibenarkan membawa makanan luar ke dalam
asrama kerana ditakuti akan memberi kesan tidak baik kepada pelajar seperti
keracunan makanan dan sebagainya. Namun, ada seorang rakan saya ketika itu amat
lapar, dan hamper satu dorm inginkan nasi lemak di kantin sekolah kami iaitu di
luar pagar asrama. Apa yang kami lakukan ketika itu adalah berpura-pura untuk
keluar asrama untuk berjumpa keluarga namun kami membeli sejumlah nasi lemak
yang banyak dan meletakkannya di pagar belakang asrama perempuan dengan tujuan
apabila kami memasuki asrama tidak membawa sebarang makanan daripada luar. Hal
ini berlanjutan sehinggakan pada suatu hari, warden asrama mendapati hal ini
berlaku dan tidak sempat kami mengambil makanan tersebut, makanan sudah diambil
dan hal ini membuatkan kami berasa lucu kerana sudah terkantoi dengan ustaz.
Pada saya, warden asrama pada ketika itu amatlah garang hinggakan pada malam
orientasi, kami diminta memakai baju sekolah lengkap dan membawa baldi mandian
ketika jam 1 pagi di mana semua pelajar sedang diulit mimpi indah. Walaupun
suasana ketika itu agak kucar-kacir, hal ini memberi keseronokan pada semua
kerana ada yang memakai kasut basah, baju mahupun tudung yang telah dibasuh
untuk dipakai keesokan harinya. Menurut saya, itu adalah pengalaman melucukan
kerana kami merasakan berada di kem askar. Tambahan juga, kami tidak disediakan
air masak selain daripada air mineral yang dibawa dari rumah. Jadi, pemakanan
mi segera yang sudah sinonim dengan ‘budak asrama’ pada ketika itu menjadi
rutin yang survival kerana kami akan menggunakan air mineral dan mi segera lalu
menunggu mi segera siap untuk di makan setelah habis waktu prep. Kami juga
pernah makan mi segera ruski pada ketika itu dalam sebuah baldi beramai-ramai namun
apa yang melucukan, saya dan rakan menggunakan air paip. Apa yang mengejutkan
ketika itu, semua ahli dorm makan seperti ‘piranha’. Bahkan, rakan yang
mengenakan mereka ketawa dan menceritakannya setelah mi segera habis dimakan. Meningjak
kepada tingkatan 5, kami bertukar warden asrama yang dinamakan Uztaz Alias. Apa
yang menyeronokkan pada ketika itu, uztaz menyediakan makanan murah untuk
dimakan pada waktu malam untuk pelajar asrama dan hal ini mengejutkan para guru
di mana pelajar asrama tiada masalah ‘fly keluar asrama’ atau sinonim dengan
tidak menyelinap keluar asrama untuk mencari makanan. Ada suatu ketika, uztaz
mengarahkan kami untuk mematikan lampu di awal jam 11 malam. Namun, terdapat
para pelajar yang mengulangkaji hingga lewat malam sehingga memaksa ustaz untuk
masuk ke dalam asrama. Hal yang paling melucukan, sampah di luar dorm yang
penuh ketika itu dilemparkan ke dalam dorm oleh ustaz kerana di biar
bertaburan. Semua pelajar bangun dan diam pada ketika itu. Namun, semua dorm
terkena kerana uztaz begitu marah di samping tidak tidur, asrama perempuan juga
teramat bising! Pengalaman yang sungguh mencuit hati. Kami juga pernah dedenda
kerana tidak turun berbuka puasa di dewan makan kerana telah membawa makanan
luar apabila pulang daripada bercuti. Kami diarahkan turun dan hanya diberi
kurma dan air manis ketika berbuka selama beberapa minit. Hal ini amat
melucukan kerana sebilangan besar daripada pelajar adalah pelajar tingkatan 5
yang menganggap paling senior pada ketika itu. Kenangan asrama paling banyak dan
tidak akan saya luapakan. Sementelahan itu, apa yang saya ingati adalah, ketika
di ruangan prep ketika itu, para pelajar biasanya mengambil masa prep petang
untuk tidur. Apa yang mengejutkan adalah, uztaz memasuki ruangan kami secara
mengejut dan menjerit “ohh tidur ya”. Reaksi kami pada ketika itu amat
huru-hara kerana majoriti daripada kami mengambil peluang untuk tidur setelah
pulang dari sekolah. Secara totalnya, pelbagai asam garam keika di bangku
sekolah apatah lagi dalam asrama yang tidak dapat saya lupakan.
Kenangan FYP ketika di politeknik
Bidang ketika saya berada
di Politeknik Nilai adalah diploma Landskap Hortikulur yang memerlukan banyak
praktikal secara fizikal. Pada ketika itu, pelbagai perkara yang tidak pernah
saya lakukan seperti membancuh simen, memasang tile, bekerja umpama buruh
binaan dan pelbagai kenangan manis dan pahit. Perkara yang paling indah,
walaupun penat suasana masih ceria kerana masing-masing menikmati masa tersebut
dengan menyanyi bersama, penat bersama. Apa yang mengujakan adalah, kami
berusaha meratakan simen secara ramai-ramai. Bagi yang perempuan, saya dan
rakan-rakan tidak sempat untuk berhias dan tangan menjadi kasar kerana membuat
kerja berat. Pengalaman yang indah tidak akan saya lupakan di mana kami sendiri
mencari bahan untuk menyiapkan tugasan setiap kumpulan seperti (tempat
berteduh, hiasan tanaman, seni dinding, tempat duduk, laluan pejalan kaki dan
seni ukir). Kami dibandingkan dengan buruh Bangladesh kerana kami menggunakan
hitam dek terkena cahaya matahari setiap hari selama 4 bulan. Detik yang paling
melucukan apabila setiap junior yang melewati kaki lima akan takut dengan kami
kerana dikhuatiri mengganggu. Kenakalan kami juga tidak dapat dinafikan kerana
bagi mengelakkan kebosanan, kami memutarkan lagu dalam nada yang kuat walhal
kami berada di sebelah surau pelajar. Kami juga akan pulang lewat malam dan
pada suatu ketika, pagar dikunci oleh pengawal keselamatan bertugas. Kami
mengambil keputusan untuk memanjat beramai-ramai kerana mahu pulang ke rumah
dalam keadaan berperluh, berpasir dan kotor. Kumpulan saya terutamanya “tempat
brerteduh atau shelter” pernah mengalami ketidaktepatan dalam pengukuran dan
terpaksa buka semula walhal semua pelajar sudah mula menaikkan tiang masing-masing.
Kami juga sering bergurau antara satu sama lain kerana tahu detik itu tidak
akan berulang pada masa hadapan. Semua perempuan pada masa itu, membuat kerja
berat sama seperti lelaki bahkan itu merupakan pengalaman yang tidak dapat saya
lupakan. Walaupum kami sering ditekan pensyarah untuk menyiapkan selaras dengan
masa yang ditetapkan, kami tidak pernah rasa stress bahkan lebih santai dan
bekerjasama dalam satu kumpulan. Semuanya tinggal kenangan kini dan semua telah
ada kehidupan masing-masing yang lebih baik. Lupa saya nyatakan, konsep dalam
taman tersebut adalah “Islamic Garden” yang berkonsepkan islamik.
Di bawah adalah proses
semasa pembinaan dijalankan :
Di bawah adalah hasil
setelah siap :
Ketika awal projek FYP dijalankan. Pada ketika itu masih ramai bertopi setelah beberapa hari, semua pelajar redha muka kami burn.
Setelah
selesai pembentangan kepada agensi industri
Bersama penyelia kumpulan kami “shelter”
Gambar meraikan kejayaan dan perpisahan
11.
Buku kegemaran :
Tiada, kerana saya
seorang yang suka mendengar berbanding membaca buku. Saya juga lebih gemar
melihat visual dan hal ini membuatkan saya lebih mudah faham dan masuk ke hati
berbanding membaca buku. Bukan saya mahu memperkecilkan kelebihan membaca buku.
Namun, saya mendapati saya seorang yang mudah bosan dan mengambil masa yang
lama untuk menghadap isi buku. Saya juga akui kelebihan membaca adalah cara
yang terbaik untuk mendapat ilmu , mematangkan diri. Saya juga percaya setiap
orang berbeza dari segi minat dan bagaimana seseorang mendapatkan sumber
ilhamnya untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, saya hargai personaliti diri
saya dan saya hormatinya.
12.
5 tahun akan datang :
Stabil :
Seorang yang sudah agak
stabil dalam emosi, mentaliti dan fizikal, mempunyai kewangan, keluarga, mampu
melunaskan bayaran PTPTN. Saya melihat pada 5 tahun akan datang saya mampu
memberi hasil gaji kepada kedua ibu bapa dengan labih banyak untuk lebih
berkat. Saya juga mengimpikan simpanan yang mencukup untuk ke tanah suci kerana
pada masa kini saya hanya menyimpan niat dan semoga Allah mempermudahkan segala
urusan yang terbuku di hati.
Berkaliber :
Saya juga dapat melihat
diri saya sebagai seorang yang berkaliber, dihormati dan disegani pada
peringkat awal. Dari kecil lagi saya mengimpikan menjadi orangcyang dihormati
dan disegani. Walaupun hal ini berlainan pendapat dengan orang lain, namun bagi
saya aspek ini setelah stbail saya mampu menjadi orang yang dibanggakan oleh
kedua ibu bapa saya malahan juga orang kampung. Saya juga amat berbesar hati
jika ditakdirkan menjadi orang kenamaan di Malaysia suatu hari nanti. Namun,
hal ini bergantung pada niat seseorang bak kata orang ‘betulkan niat dahulu’.
Saya meninginkan untuk membuka satu rumah persaraan orang tua yang berkonsepkan
lebih terbuka. Saya berhajat untuk mengubah persepsi warga tua agar tidak
bersedih apabila masuk ke rumah orang tua dan lebih berkonsepkan ‘sense of
welcoming’ dan merasai seperti kampung halaman tersendiri. Anak-anak juga boleh
menjenguk kedua ibu-bapa mereka. Kita sedia maklum terkadangnya anak-anak
menghadapi masalah kerja dan keluarga. Oleh itu, semoga dengan niat saya ini
dapat membantu orang ramai dan anak-anak tidak dilabel sebagai anak derhaka
jika meletakkan ibu bapa mereka di rumah persaraan saya. Mungkin juga dalam 5
tahun ini, saya telah mula berjinak-jinak untuk meralisasikan impian
tersebut.
Ceburi bidang perniagaan
:
Saya juga menjangkakan
bahawa kehidupan yang lebih baik akan menyusul untuk saya memulakan adalam
menceburi perniagaan untuk menjamin masa hadapan. Saya percaya dan yakin Tuhan
telah menetapkan yang terbaik untuk saya dan keluarga tanpa ragu kerana saya
berdoa agar sentiasa diberi kejayaan demi keluarga saya. Saya amat gemar
melihat peniaga besar yang berjaya dapat membantu orang ramai terutamanya
ketika wabak banjir temph hari. Saya mahu ceburi bidang ini, jika ditakdirkan
Allah, saya dapat membantu orang susah yang sama nasib seperti saya agar mereka
merasa ringan dan sentiasa bersyukur. Saya akui, dalam ujian kita dapat
memperbaiki diri namun jika diberi kesempatan saya tidak mahu melihat orang
susah terutamnya warga tua. Saya ingin menjadi orang yang hartawan sekaligus
dermawan. Dengan menceburi bidang ini sedikit sebanyak saya dapat menggandakan
saham akhirat yang tidak seberapa kini. Semua orang pasti mengimpikan syurga,
lanjutan daripada itu kita sendiri yang harus berusaha sehabis boleh seperti
nukilan karya seni tanah air yang mengatakan syurga bukan percuama. Secebis
ingatan saya tentang satu ceramah, manusia akan dapat seperti apa yang dia
sangkakan kepada Allah, maka jika kita percaya dan sangka Allah akan
permudahkan urusan dunia akhirat, maka Dia akan permudahkan dan kuatkan diri
kita. Perniagaan juga adalah satu sunnah daripada Nabi Muhammad S.A.W., maka daripada
itu, saya akan berusaha untuk mengikuti sunnah dan minat sendiri.
Dapat perbaiki diri dan
dapat menutup aurat lebih baik:
Saya juga mahukan yang
terbaik untuk diri jika diberi peluang dan bernafas lebih panjang untuk
memperbaiki kelemahan diri dalam urusan akhirat seperti lebih bersedekah,
menutup aurat sebaiknya, merendah diri dengan siapa pun. Kini, saya akui saya
lebih mengikut trend dan tidak statik dalam etika pemakaian Islam. Setiap
Wanita pasti terdetik untuk menutup aurat mereka, namun ujian dalam diri adalah
besar berbanding anasir luaran. Maka, dengan niat ini semoga kita sama-sama
dapat menurut perintah Tuhan bahkan bukan sahaja menutupi aurat, saya juga
tidak mahu tergolong dalam golongan yang sering mengata-ngata umpama diri
sempurna. Semoga kita semua dapat memperbaiki diri.
Berilmu :
Saya juga ingin menjadi
orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu ini sebaik mungkin terutamanya kepada
generasi akan datang. Segala percancangan hanyalah datang daripada saya dan
ketentuan dan urusan sebulat-bulatnya saya serahkan kepada yang Maha Esa. Saya
juga menjangkakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Tidak semestinya dalam bidang pendidikan, malah semua sisi kehidupan adalah
proses ilmu. Maka, saya melihat diri saya akan lebih matang jika berilmu. "Barangsiapa
belum pernah merasakan pahitnya mencari ilmu walau sesaat, ia akan menelan
hinanya kebodohan sepanjang hidupnya." - Imam Syafi’i. Kata-kata ini
pernah diungkap oleh seorang uztaz saya dan hal ini memberi tamparan hebat
kepada saya. Saya menghargai setiap ilmu kerana perkara tersebut dapat mengubah
dunia. Pentingnya ilmu adalah untuk meningkatkan tahap pemikiran diri saya
lebih-lebih lagi sebagai wanita yang akan menerajui anak-anak di rumah. Ilmu
menjadi alat untuk pembangunan peribadi, keluarga, masyarakat dan Negara. Ilmu
sangat penting dalam kehidupan seperti air hujan yang membasahi bumi. Tanpa air
kehidupan akan menjadi sukar dan terjejas. Ilmu yang saya maksudkan adalah
terbuka sama ada ilmu perniagaan, ilmu kekeluargaan mahupun ilmu keagamaan
kerana kehidupan adalah landasan ilmu, pada pendapat saya.
Perumpamaan Orang Berilmu
;
عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى
وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ
قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا
أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا
وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ
مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ
مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ
رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ
Dari Abu Musa dari Nabi
SAW, Baginda bersabda: “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah
mengutusku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ketanah.
Diantara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air (subur) sehingga dapat
menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput yang banyak. Dan ada tanah yang keras
lalu menahan air (tergenang) sehingga dapat diminum oleh manusia, memberi minum
haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman. Dan ada tanah yang permukaannya yang
berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan
tanaman. Perumpamaan itu adalah seperti orang yang belajar agama yang faham dan
dapat memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya
dan mengajarkannya. Begitu jugalah perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan
dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk
menyampaikannya”. (HR Bukhari No: 77). Status: Hadis Sahih
13.
Perkara yang suka pada
masa lapang adalah lebih banyak menghabiskan masa bersama kelaurga. Walaupun
hanya duduk di rumah namun kualiti bersama lebih membuat saya bahagia. Saya
mengharapkan tiada satu detik terlepas dalam hidup untuk bersama mereka selagi
Allah memberikan kesempatan. Waktu berharga yang paling menggembirakan adalah ketika
musim perayaan. Walaupun keluarga kami kecil, namun itulah yang paling bermakna
di mana saya dan sepupu dapat bersama sama menyiapkan persiapan raya bersama
dengan memasak, menyiapkan pakaian, menyiapkan hidangan dan banyak lagi.
Semakin dewasa, saya merasakan berada di samping keluarga adalah yang terindah.
Hal ini kerana semakin usia saya meningkat, usia mereka juga meningkat bahkan
saya tidak tahu bila Allah akan mengambil mereka. Justeru hal inilah yang
paling saya sayang. Adakalanya saya suka berada di fasa ‘sendirian’ untuk
menenangkan fikiran. Aktiviti yang saya gemari lebih kepada pergi ke tempat
membeli belah sendirian. Hal itu merupakan perkara yang saya suka untuk diri
sendiri sebagai ‘reward’ setelah melakukan sesuatu. Aktiviti ini sekaligus
dapat menghilangkan tekanan saya dan dapat merembeskan mood ketenangan diri
dalam kehidupan seharian.
Bagi perkara yang saya
kurang suka adalah menghabiskan masa dengan gajet setiap hari di mana saya
gemar melihat kehidupan orang berbanding kehidupan saya. Hal itu kurang baik
kerana menurut saya dapat menghilangkan rasa syukur terhadap anugerah tuhan.
Saya sering terikut-ikut dengan fesyen dan kehidupan mewah para ‘influencer’.
14.
Saya melihat diri adalah orang
yang menghargai kawan-kawan yang masih dalam ‘circle’. Semakin dewasa,
kuantiti kawan saya berkurang namun itu tidak menjadi masalah kerana kuantiti adalah
lebih baik. Saya menyingkap kembali kegembiraan kerana mempunyai teman yang
ramai namun yang betul-betul ada tatkal akita berduka dan susah hanyalah
segelintir. Nadirah, Zureen, Ain, Hidayah dan Amirah Alia adalah yang paling
saya jaga hubungan agar kekal sampai bila-bila. Walaupun pernah berlaku sedikit
salah faham, namun itu hanyalah kenangan semasa zaman muda. Kami kini berada di
peringkat umur dewasa kerana sudah menjejak usia 25 tahun. Pelbagai kenangan
pahit dan manis bersama tidak dapat dilupakan. Saya seorang yang akan berusaha
sebaik mungkin untuk membantu mereka dalam kesusahan begitu juga sebaliknya. Saya
bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dalam kehidupan ini. Kami
sering berkongsi certa, masalah dan pendapat untuk kerana keakraban yang dibina
umpama adik-beradik yang bersatu. Namun begitu juga, setelah melangkah masuk kea
lam universiti, saya menemukan seorang rakan Shahida yang dianggap baik dan
sekepala kerana sering menegur saya jika melakukan kesilapan begitu juga diri
ini. Saya mahukan kejayaan bersama dirai ketika menjelang detik konvokesyen suatu
ketika nanti. Kami gemar menolong antara satu sama lain hinggakan ada
suatu ketika, beliau kekurangan daan untuk membeli makanan maka saya
menghulurkan bantuan semampunya. Begitu juga dengan dirinya, jika saya
mengalami kekurangan wang, beliau membantu saya sebaik mungkin. Hal ini juga
berlaku pada rakan saya Amirah, semasa menjalani latihan industri 2018, kami sering
membantu antara sama lain bagi mengelakkan kepayahan terasa ketika itu. Kini,
saya tidak lokek memberi segala jenis bantuan kepadanya yang juga banyak
membantu saya ketika saya dalam kesempitan pada waktu latihan industri dahulu. Saya juga seorang yang jujur dan tidak
mengampu kepada rakan kerana sebuah teguran yang positif dalam menguatkan lagi
hubungan sillaturrahim. Adakala kita tersasar jauh begitu jualah rakan yang
hanya manusia biasa. Tiada salahnya jika kita menarik rakan-rakan ke arah kebaikan.
Saya melihat diri saya sebagai penyokong yang tegar kepada rakan-rakan
yang saya sayang kerana salah satu sistem sokongan adalah dari rakan yang
terbaik. Contohnya, keputusan yang mereka buat untuk menentukan kehidupan yang
lebih baik, saya sebagai rakan memberi sokongan penuh dengan titipan doa agar
mereka dipermudahkan segala urusan. Maka, daripada sokongan itu lah saya akan
menjadi pemberi semangat daripada banyak sudut untuk keperluan mental dan
psikososial. Saya juga sering tidak berdendam atau terasa hari dengan
rakan-rakan hebat saya kerana persengketaan akan menyebabkan hubungan rapuh dan
runtuh. Saya juga seorang yang tidak gemar menjadi seorang yang hipokrit
dalam bersaaudara bersama rakan-rakan kerana hal ini akan menyebabkan
perselisihan faham antara pihak. Maka, sebolehnya saya akan menjaga hubungan
agar kami sentiasa berlapang dada tanpa rasa iri hati, dendam mahupun hal-hal
negatif yang lain. Apa yang paling membanggakan saya adalah, ketika rakan-rakan
mempunyai hari bahagia masing-masing contohnya perkahwinan, menimang cahaya
mata dan lain-lain. Saya gemar memberi buah tangan kecil bagi mereka tanda
penghargaan mereka walaupun begitu, syukur setiap buah tangan yang diberi
mereka hargai. Ironinya, ini adalah sedikit sebanyak perasaan yang dapat saya
nukilkan sebagai seorang rakan yang baik. Namun, dengan rasa rendah hati saya
hanya insan biasa yang punyai banyak kelemahan dan sedang berusaha untuk
menjadi lebih baik. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan masing-masing
dan diharapkan mereka menyayangi saya sebagaimana saya juga sayang akan mereka.
Moga ikatan persahabatan ini akan terus kekal hingga ke Jannah.
15.
Keluarga
Keluarga adalah
kepentingan dalam duniawi dan ukhrawi. Tanpa mereka, terutamanya ibu bapa, saya
tidak akan lahir ke dunia ini. Pemberian terindah daripada Allah S.W.T kerana
mengizinkan saya punyai keluarga berbanding anak-anak kecil yang sudah tiada
ibu bapa ketika ini. Saya tidak dapat membayangkan jika saya tidak punya keluarga,
mungkin kini kehidupan saya terumbang-ambing tanpa hala tuju, tiada pendidikan
yang cukup, pakaian yang memadai, makanan yang enak dan menjadi kegemaran hidup
dan banyak lagi. Anugerah ini adalah pemberian yang amat saya hargai. Apabila meningkat
dewasa, semakin jelas bahawa kelaurga adalah nikmat dan tanpa nikmat ini, saya
akan menjadi orang yang sangat rugi. Rasa cinta, kasih dan sayang terbentuk
dalam institusi keluarga ini menjadikan saya seorang yang mampu dan ingin
mewujudkan sikap tolong-menolong orang yang dalam kesusahan. Tidak dapat saya
bayangkan jika saya berada di tempat mereka, saya tidak akan kuat seperti mereka.
Sistem sokongan dalam keluarga juga amat memainkan peranan besar di mana
menempatkan saya di posisi kini bahkan adik-adik yang lain. Bukan sahaja
keluarga rapat, namun kelaurga besar saya terutamanya nenek dan datuk saya. Mereka
adalah penguat saya untuk menjadi orang yang lebih baik. Tidak terbalas segala jasa
yang dicurahkan kepada saya sedari kecil hingga dewasa dan segala penat Lelah mereka
amat saya hargai. Demi mereka, saya berhasrat untuk menjadi orang yang terbaik serta
dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kesedihan melihat tubuh tua mereka membesarkan
kami empat beradik tidak terniali bahkan saya sering berdoa kepada tuhan agar
umur mereka dipanjangkan agar mereka dapat merasai kejayaan yang saya peroleh. Tidak
sanggup hati ini melihat setitis air mata mengalir di wajah tua mereka kerana
kecewa kepada saya. Saya berharap kekecewaan terhadap saya dan adik-beradik
tidak akan wujud kepada mereka. Sedari kecil, mereka yang mengasuh saya tatkala
ibu dan ayah bekerja. Setiap keperluan kami akan mereka penuhi walaupun sulit
mahupun sukar. Kepentingan semua ahli keluarga termasuk saudara mara yang
dikasihi. Tambahan lagi, kelaurgalah yang tidak akan meninggalkan kita dalam
keadaan apa pun terutamanya ibu dan ayah. Contohnya dalam kesempitan, mereka
lah orang pertama bahkan dalam kesakitan mereka lah yang paling khuatir. Tuntasnya,
keluarga adalah amatlah penting dalam kehidupan saya.
Ilmu
Walaupun kini, manusia
lebih mementing ‘survival’daripada ilmu, namun hal inilah yang menjadi wacana
pedoman kehidupan. Tanpa ilmu terutamanya ilmu akhirat akan membinasakan umat
manusia. saya mengakui adakalanya iman turun naik malah senipis kulit bawang. Namun,
ilmu lah yang memberi laluan kepada manusia bagi membezakan antara hak dan batil.
Bak kata P.Ramlee, ilmu agama itu di dada, ke mana sahaja mereka pergi pasti
akan kembali ke fitrah kerana terletak di hati. Dalam menempuh alam remaja
hingga dewasa, pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencuba, menceburi ke arah yang
mungkin membawa kepada kepincangan iman. Namun, sebagai umat Islam yang sudah mempunyai
ilmu asas pasti tidak akan tersesat. Menurut saya, ilmu duniawi juga penting dalam
aspek kehidupan sebagai contoh kepentingan ilmu keibubapaan, keluarga,
psikologi, hak-hak wanita dan banyak lagi dapat menjadikan seseorang itu bijak
dalam membuat keputusan. Tidak dinafikan, ada yang masuk dalam bidang politik,
maka perlu ada ilmu politik malahan hal ini menjurus kepada pentadbiran yang
cekap. Jika kita masuk ke sesuatu bidang tanpa ilmu akan membuatkan kita
tersasar jauh dan tiada hala tuju yang benar. Maka, pentingnya ilmu pendidikan
lebih-lebih lagi kanak-kanak pada masa kini yang terdedah kepada bahaya media
sosial yang mewar-warkan kepentingan tanpa pendidikan sekaligus akan meruntuhkan
akhlak mereka. Pentadbiran akan datang mungkin akan goyah jika tidak dibending
sedari kini. Di sini, saya amat mementingkan ilmu dalam menakhoda kehidupan untuk
kesejahteraan dan keberkatan dunia akhirat. Jika ilmu tidak disertakan amal,
kelak ilmu juga akan menjadi sia-sia. Saya juga bersyukur diberi peluang dan
jalan untuk menuntut ilmu, walaupun pada peringkat diploma dalam bidang
berbeza, namun hal tersebut amat memberi manfaat kepada saya dalam teknik,
pemangkasan pokok, proses hybrid(kahwin) pokok, mengenas jenis turf(rumput),
jenis pokok dan banyak lagi. Ilmu yang saya pelajari disertakan dengan pengalaman
indah yang paling bermakna. Segala tunjuk ajar daripada guru daripada tadika
hingga kini amat saya kagum. Merekalah insan hebat yang menyebarkan ilmu bermanfaat
untuk individu-individu hebat.
Wang ringgit
Umum mengetahui wang
bukanlah segala-galanya. Namun menurut saya, hal tersebut merupakan pendapat
individu. Saya pernah mendengar kata nukilan daripada platform media sosial
(Instagram), walaupun wang bukan segalanya tetapi hal tersebut akan mempengaruhi
gaya hidup seperti contoh pengambilan makanan, pendidikan anak-anak, keselesaan
persekitaran dan banyak lagi. Ingin saya katakana tidaklah diri ini mahu
menjadikan miskin itu sebagai golongan yang hina, namun sebagai khalifah yang
bertanggungjawab bijak menggunakan sumber wang dalam kelansungan kehidupan. Saya
juga mengimpikan mempunyai wang yang banyak agar saya dapat memberi manfaat
dalam membantu golongan susah suatu hari nanti. Saya amat terkesima melihat
para peniaga hebat yang diberikan rezeki lebih daripada Allah S.WT menggunakan
untuk membantu para golongan tersejas ketika musim banjir terseut. Saya berazam
bahawa saya juga akan berada pada tahap itu dengan yakin jika diberi keizinan
oleh Allah. Selain itu juga, dengan wang saya dapat membahagiakan keluarga saya
tanpa perlu mereka berpenat lelah mencari wang lagi. Saya juga pasti semua
orang mahukan kehidupan sebegitu agar keluarga tercinta dapat dimewahkan untuk
perolehi apa jua yang dihajati. Semoga kita sama-sama dapat bahagiakan keluarga
tercinta. Maka, kepentingan wang ini adalah sinonim dalam kehidupan manusia
dalam merencana kehidupan dalam aspek simpanan, pernigaan, sadaqah, kesihatan
dan banyak lagi. Hakim Hiram RA meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda: Tangan
di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka mulailah untuk orang menjadi
tanggunganmu dan sedekah paling baik adalah daripada orang sudah cukup (untuk
keperluan dirinya). Maka sesiapa berusaha memelihara dirinya, Allah SWT akan
memeliharanya dan sesiapa berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan
mencukupkannya. (HR Bukhari)
16.
Menurut sisi seorang anak,
keluarga saya adalah keluarga yang bahagia dan menyayangi antara satu sama
lain. Buktinya, jika salah seorang ahli keluarga ditimpa kesusahan, pasti akan
saling membantu. Kelaurga saya juga adalah berlatarbelakangkan status sederhana
bahkan bukan daripada golongan berada. Namun, apa yang penting adalah nilai
kasih sayang dan harmoni dalam keluarga. Kehidupan kami saling melengkapi
bahkan semakin dewasa, kami lebih menghargai satu sama lain apatah lagi belum
ada yang berumahtangga. Namun, sikap kasih sayang yang dikongsi lebih
berkualiti kerana penghargaan ini perlu dijalin selamanya. Keluarga saya juga
gemar berkongsi detik-detik indah bersama walaupun tidak mampu bersiar-siar
jauh seperti orang lain. Namun, detik itulah paling bermakna dan tidak akan dilupakan
hatta saya sudah tua kelak. Kami juga saling bersikap toleransi antara satu sama
lain kerana keputusan individu pasti mahukan terbaik. Contohnya, ibu bersetuju
dan menyokong saya memilih untuk berpindah sekolah dan tinggal di asrama dengan
tujuan mandiri. Ketika itu, walaupun berat, namun saya yakin kelebihan tinggal
di asrama mampu mengajar saya erti kehidupan mandiri dan lebih menghargai
keluarga. Keluarga kami juga saling menyokong antara satu sama lain di mana
keputusan adik lelaki berhasrat untuk mendirikan rumahtangga direstui kedua ibu
bapa seiring dengan restu nenek dan atuk. Keputusan antara kelarga adalah amat
penting dalam sistem sokongan bagi membentuk persefahaman yang harmoni dalam
institusi keluarga ini. Semoga keluarga ini dilindungi, mendapat keberkatan dan
diterima Allah.
17.
Tujuan utama saya hidup
adalah untuk mendapatkan syurga Allah dan dapat membalas jasa kedua ibu bapa
serta orang yang saya sayangi. Jika tiada hala tuju tersebut, mungkin kini saya
akan lebih mudah berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Keluarga adalah
tulang belakang saya untuk berdiri teguh dan matlamat untuk saya gapai kejayaan
hidup dan mati. Saya mahu menjadi anak yag solehah sering mendoakan ibu bapa
agar kelapangan urusan diberi oleh Yang Maha Esa. Kedua, tujuan untuk membawa kedua
orang tua dan orang yang saya sayangi pergi ke Makkah secara beramai-ramai
mencari redha Allah. Tidak dapat digambarkan jika impian tersebut menjadi
kenyataan pasti saya adalah orang paling gembira di dunia ini. Tujuan hidup
saya secara izharnya berpandukan orang tersayang kerana mereka adalah penguat
saya berada di atas muka bumi ini. Saya tidak mahu melihat sedikit kesedihan
pun di wajah tua mereka. Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk
membahagiakan orang tuaku serta ornag-orang yang aku sayang. Sesungguhnya rencanaMu
adalah yang terbaik bagiku. Menyingkap kepada tujuan yang lebih jelas, saya mahu
hidup saya memberi manfaat kepada diri dan orang lain bukan mengharap balasan
tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Maka, itulah tujuan hidup terbesar saya. Saya
juga meneruskan perjalanan hidup dengan harapan untuk tidak lagi menyusahkan
orang lain bahkan saya mampu mengotakan hajat mereka selagi mampu. Sesungguhnya,
hanya Tuhan yang mampu membalas. Hidup, jika gelap pasti akan berasa gundah upama
tiada hala tuju, tidak mengetahui bahaya di keliling, namun jika berada di tempat
yang terang, destinasi akan mudah dituju kerana nampak. Secara totalnya, kehidupan
bertujuan dapat dikaitkan dengan tempat terang manakala tiada tujuan boleh
dikatikan dengan tempat gelap. Akhir kalam, segala tujuan haruslah bersikap
tawakal kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya serahkan
urusan jodoh, hidup dan mati sebulat-bulatnya hanya pada Allah yang satu.
Secara keseluruhannya,
saya amat berbangga kerana dapat menghabiskan tugasan sekaligus memgimbau kembali
kenangan silam semasa kanak-kanak serta kegembiraan diri juga kualiti dalam
sebuah kehidupan. Sebagai manusia, perjalan kehidupan adalah persinggahan
sementara untuk menuju ke arah dunia hakiki. Apa yang dilalui kini hanyalah secebis
kehidupan dan sewajibnya bersandarkan kepada Tuhan. Sesuatu yang di cari adalah
kebahagiaan akhirat. Perit di dunia tidak mengapa asalkan akhirat bahagia. Konsepsi
dalam coretan ini merupakan karya sendiri dengan dorongan para pensyarah serta
keluarga. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran untuk Dr. Zarinah Ismali sekali
lagi atas segala ilmu yang dicurahkan.