Sunday, February 6, 2022

KENALI SAYA (tujuan pembelajaran)

“Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?” -Hamka. Setinggi-tinggi perhargaan kepada Dr. Zanariah Ismail yang menjurus saya untuk menghasilkan penulisan kecil tentang diri saya dan coretan kenangan manis silam yang pernah dilalui untuk mengingatkan kembali betapa kuatnya seorang kanak-kanak dan beraninya menempuh dugaan. Saya juga berbesar hati diberi peluang mengambil subjek tekanan dan daya tindak FEM3105 ini dengan rakan-rakan yang lain. Saya menghargai setiap ilmu yang diberi dan diajar dalam subjek ini.  Aspek ini memberi semangat dan nafas baharu kepada saya untuk memperjuangkan kehidupan dengan meneruskan setiap langkah menjadi kejayaan. Alhamdulillah,dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya , dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Pelbagai pengalaman yang saya dapati dalam subjek indah ini. Dr. Zanariah banyak mengingatkan tentang hubungan dengan Allah yang harus dipelihara agar hidup tidak terumbang-ambing. Menurut kata pujangga, “Apabila engkau fakir, maka ilmu itu adalah hartamu. Apabila engkau kaya, maka ilmu itu perhiasanmu.”

 


Bismillahirrahmanirrahim, permulaan kalam betajuk kenali saya dimulakan dengan nama yang diberi adalah Nur Nadhirah bt Mohd Amin. Berumur 25 tahun. Lepasan graduan diploma di politeknik Nilai dalam bidang landskap hortikultur. Merupakan anak pertama daripada 4 adik-beradik. 28 Mac 1997, pada hari Jumaat sekitar jam 9.00 pagi di hospital Sabak Bernam adalah kelahiran saya yang paling bermakna di dunia. Berkulit agak gelap dan berat 3.4kg. Berasal daripada Sabak Bernam Selangor di daerah luar bandar. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 38 dan Sekolah Rendah Agama Batu 38. Seterusnya mendapat pendidikan menengah selama setahun di SAMTSSAAS Batu 38 dan berpindah ke SMKUA Sabak Bernam hingga tingkatan 5. Tidak banyak yang ingin saya ceritakan dalam coretan ini namun segala yang terungkap dapat memanjatkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan menulis kenangan manis sewaktu dahulu kala.

Gambar dahulu :

 

          


   

Diri ini merupakan seorang yang bijak kerana menurut saya telah matang. Walaupun dahulu saya merasakan saya adalah manusia yang lembat dari segi pemahaman, namun itu hanyalah sisi lain yang membuatkan saya fikir negatif untuk tidak berusaha. Saya percaya manusia dilahirkan dengan keperibadian, kekuatan dan keunukan yang berbeza. Saya mampu mencapai sathu tahap yang saya rasa saya tidak boleh melakukan perkara itu dahulu. Dengan sokongan dan dorongan orang sekelilimg, sebenarnya saya bijak membuat keputusan dan saya tahu untuk bertindak secara bijak dan berfikir seperti seorang yang bijak. Saya memengang suatu hal iaitu semua orang akan mendapat rezeki yang berbeza dan ia bergantung kepada tahap kesyukuran seseorang insan. Lebih kita bersyukur, lebih banyak Allah akan bagi. Saya tidak mahu kata-kata negatif meracuni minda saya untuk menjadi seorang yang lemah dan dungu. Cantik! Saya tahu dan saya percaya saya seorang yang cantik. Allah menciptakan makhluknya dengan sebaik-baik ciptaan. Tiada sebab untuk saya mempersoalkan pemberianNya bahkan berfikir untuk mengubahkan seperti orang lain. Saya tidak akan jatuh tatkala mereka menyatakan saya “kau cantik hanya kerana yakin”, “dalam gambar cantik, depan-depan biasa sahaja”, “kulit gelap” dan bermacam lagi. Saya tahu hanya orang yang terbaik akan menghargai saya sebaik mungkin bahkan akan tetap percaya saya dalam sudut penampilan mahupun fizikal saya. Saya patut bersyukur kerana ramai lagi yang selalu terkena” body shaming” seperti gemuk, pendek, dan sebagainya namun memilih untuk tetap kuat dan yakin pada diri bahkan hal tersebut mampu mengeluarkan aura cantik dalam dirinya. Jadi, saya yakin dan percaya saya mempunyai kecantikan tersendiri. Sifat lemah lembut ini adalah gambaran daripada individu lain kerana sikap ini membuatkan orang mudah selesa dengan saya. Namun, bagi pendapat saya sendiri, lemah lembut adalah sinonim kerana sedari kecil lagi ibu bapa, nenek mementingkan adab bercakap, adab dengan orang tua, ada dan semua yang berkaitan dengan adab. Mungkin itu merupakan pandangan daripada orang lain yang kenal dan rapat dengan diri saya. Apa yang diri saya rasakan adalah lemah-lembut mungkin daripada persekitaran keluarga yang tidak terlalu berlebihan dan percakapan mahupun perbuatan dan ini merupakan pandangan daripada sudut diri. Sejujurnya, saya tidak tahu rasa empati yang tinggi ini adalah kekuatan mahupun kelemahan bagi diri saya lebih-lebih lagi terhadap orang tua. Sementelahan itu, saya juga percaya bersungguh-sungguh bahawa saya adalah seorang yang yakin pada diri dari sudut luaran mahupun dalaman. Hal ini dapat kerana saya sering mempunyai target dan kemahuan yang besar. Maka, saya akan sehabis mungkin mendapatkannya walaupun orang sekeliling mengatakan bahawa saya mungkin tidak boleh lakukan. Mungkin, kerana telah didorong sedari kecil untuk yakin dan percaya akan diri sehingga berjaya! 😊 merungkap kepada intipati yang lain, saya juga seorang yang berpendirian teguh dalam hal dan perkara yang menurut saya adalah yang terbaik. Walaupun terkadangnya pengaruh dan persepsi orang lain berbeza. Namun, saya juga percaya wahana dalam pemikiran saya juga punyai idea yang cukup bernas. Di sini, seorang yang berkaliber adalah diri saya ketika sudah mencapai umur meningkat dewasa. Hal ini kerana saya sudah kurang gemar bercakap tentang perkara sia-sia seperti contoh mengata orang, mengutuk perbuatan orang lain, mengambil tahu masalah orang lain dan tidak akan sama sekali.. sebagai manusia siap berkaliber itu perlu ada dalam diri seseorang apatah lagi saya juga merupakan anak sulong dalam keluarga. Saya perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada adik-adik dan kedua orang tua saya. Itu semestinya! Bak kata pepatah “ kecil-kecil cabai rawit” yang membawa maksud untuk diri saya ‘tampaknya kecil tetapi cerdik’. Ungkapan peribahasa ini bagaikan padan dengan diri saya. Begitu juga dengan seorang yang mempunyai karisma tersendiri, saya tidak mungkin diam seribu bahasa untuk meletakkan diri saya seperti orang biasa-biasa. Jangan salah faham.. maksudnya ialah dahulu saya merupakan ornag yang sering dihina kerana kurang bijak, kurang mempersona, tidak pandai bergaya dan banyak lagi. Namun, apabila menjengah ke alam dewasa, perkataan itu tidak lagi menggugat keyakinan saya bahkan saya buktikan dengan penampilan yang lebih ideal dan lebih menyerlah dan sesetengah daripada rakan saya menjadikan saya rujukan fashion. Kalah dengan mereka yang mengata saya dahulu. Hal ini sekadar menaikkan semangat saya agar tidak kekal sebagai orang yang sama mudah untuk orang lain memberi pendapatan sesuka hati tanpa mengira perasaan orang lain. Ini juga sudah dikegorikan sebagai “body shaming” bak kata orang barat. Maka, implikasi daripada itulah menjadikan saya seorang yang tidak mudah mengalah. Apa sahaja yang ingin saya lakukan adalah statik tanpa berubah kecuali pilihan yang saya lakukan adalah terpesong jauh. Ibu saya juga mengaitkan saya dengan sikap keras kepada seperti kata orang “jika pilih A,maka A lah pilihannya. Tidak hanya ibu, bahkan adik-beradik, saudara-mara yang lain bahkan teman lelaki juga bilang begitu. Disebabkan keistimewaan personality inilah saya rasa lebih matang pada hari ini. Lain daripada itu juga, saya merupakan seorang yang peramah namun hal ini berlaku jika mempunyai kepentingan tertentu kepada diri saya. Semakin meningkat dewasa, saya lebih mengenali diri sendiri bahkan sekecil-kecil perkara juga saya kenal pasti wujud dalam diri. Peramah ini tidak bermaksud saya seorang yang terlalu extrovert. Prsopek ini bertempat dan lebih sistermatik. Saya seorang yang agak pendiam namun jika kena pada tempat sekaligus mempunyai kepentingan, secara automatiknya mulut ini lebih ringan berbicara. Apa yang saya kenal pasti dalam hal ini kerana saya berpegang dengan satu kata oleh guru matematik saya iaitu “ jika kita bertanya akan sesuatu kepada orang lain, kita hanya akan kelihatan dungu dalam waktu 5 minit sahaja; dan jika kita malu bertanya umpama kita akan punyai pemikiran dangkal selamanya dan erti kata lain bodoh sombong”. Pesanan itu saya ingat hingga hari ini dan hal itu membuatkan saya buang rasa takut untuk meramahi seseorang secara berkhemah. Sensitif, tidak dinafikan gambaran ini adalah diri saya di mana saya mudah tersinggung jika seseorang berkata dengan nada tinggi, berkata kasar dan sebagainya yang tergolong dalam negatif. Ironinya, sensitif ini pada mulanya saya anggap sebagai kelemahan kerana sering mengambil kira pendapat orang lain. Namun lama kelamaan aspek ini berubah menjadi positif kerana saya lebih mudah memahami perasaan orang lain seperti golongan tua, keluarga terdekat dan ramai lagi; akibat daripada ini saya tidak mudah mengeluarkan perkataan yang mampu menyakiti hati orang lain. Izharnya, 10 ciri di atas adalah gambaran diri saya dari dahulu hingga kini.

 


5.

"Ayah, yang tak banyak bicara terkesan tidak peduli, tetapi sesungguhnya yang ada dalam hatinya hanyalah kita."

 Mi padre

 


Ayah, seorang yang sayang kepada anak-anaknya walaupun pada dasarnya tidak dipamerkan. Beliau seorang yang berusaha memenuhi keperluan anak walaupun pada dasarnya agak mustahil atau berat. Namun apa yang saya lihat benar dia akan berusaha sebaik mungkin selari dengan seorang yang faham keperluan anak-anaknya. Kami bertiga saya, Nabilla, dan Najmi tinggal di asrama sejak di bangku sekolah lagi. Jadi, ayah akan berusaha menjenguk, menghantara makanan bahkan memberi belanja kepada kami walaupun asrama setiap  daripada kami jauh. Ayah juga seorang yang prihatin terhadap orang lain di mana sering membantu rakan-rakan lain yang dalam kesusahan, apatah lagi adik-beradiknya. Ayah juga seorang yang santai dan seorang yang percaya kepada keputusan anak-anak. Oleh hal demikikan, lazimnya kami sebagai anak-anak membuat keputusan sendiri dan bernas dengan pantauan kedua ibu bapa kami.

6.

"Ibu maafkanlah kata-kata yang telah terucap oleh bibirku, anakmu terkadang telah menyakiti perasaan ibu, aku sungguh tidak kuasa untuk melihatmu sedih karena kelakuanku." 

mi madre



Ibu seorang yang berhati lembut kerana ibu sering baik dan sayang kepada kami adik-beradik. Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak.  Apa yang jujur dalam hati ini adalah ibu merupakan seorang yang penyayang. Beliau mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada kami 4 beradik tanpa membezakan. Saya juga bersyukur mempunyai ibu bahkan terkadangnya kami berdua berbeza pendapat. Namun, dalam satu sudut, saya menyedari beruntungnya saya mempunyai ibu berbanding anak-anak yatim piatu yang menagih simpati dan kehausan kasih sayang ibu. Ibu juga seorang yang percaya kepada anak-anaknya. Walaupun kami tahu terkadang sebagai anak tidak memberikan yang terbaik namun ibulah satu-satunya yang percaya kepada kemampuan dan kebolehan seorang anak. Ibu juga seorang yang tidak mudah mengalah jika menginginkan sesuatu yang tidak mustahil baginya. Buktinya, ibu mampu memberi sokongan pelbagai sudut untuk kami empat beradik mendapat kehidupan yang terjamin contohnya pendidikan yang baik, menyokong adik ketiga untuk bekerja sesuai dengan minatnya dan mendorong kami menjadi orang yang berguna. Ibu juga seorang yang sensitif dan mudah tersentuh dalam banyak hal. Contohnya ibu tidak mampu melihat anak-anaknya dalam kesusahan bahkan terkadang berita di media sosial membuatkannya menitiskan air mata. Bukan itu sahaja, filem Hindustan yang memaparkan babak sedih juga meruntun jiwanya dan mengaliarkan air matanya. Seingat saya ketika kecil, saya turut sama mengalirkan air mata bersama ibu yang puncanya entah mengapa. Akibat daripada itu, ibu tertawa kerana melihat telatah saya yang juga mudah tersentuh. Di samping itu juga, ibu seorang yang mudah terhibur kerana kami sering bergurau tatkala meningkat dewasa. Saya merasakan “bonding” di waktu ini amat bermakna berbanding ketika saya meningkat remaja kerana amat berbeza pendapat dan kurang matang. Namun, ini tidak lagi kerana masa ini adalah yang terbaik dan tidak dapat dikembalikan dan patut dihargai selagi saya belum berumahtangga seperti rakan-rakan yang lain.

 

7.

Gambaran ketika waktu kecil

 

Menurut ibu, saya petah berkata-kata berusia seawal usia 1 tahun dan menurutnya juga perkataan yang disebutkan jelas berbanding kanak-kanak yang percakapannya pelat. Beliau pada ketika itu berasa teruja kerana seorang yang bijak dan cepat mempelajari sesuatu. Saya kira mungkin kerana keadaan di rumah agak huru-hara dan sering bercakap di hadapan saya maka saya petah berbicara. Ibu juga menyatakan saya mula berjalan ketika menjengah umur 8 bulan dan hal ini menurutnya amat memberansangkan. Ayah juga menyatakan bahawa saya seorang yang mudah menangis dan selalu dibela oleh adik. Ketika saya menangis apabila dibuli atau diganggu kanak-kanak lain, pasti adik akan membantu dan saya selitkan sedikit kelucuan di mana adik saya, Nabilla pernah menggigit salah seorang kanak-kanak yang membuli saya hinggakan luka di pinggulnya hingga kanak-kanak itu menangis. Mungkin terbalik fenomena alam yang sepatutnya kakak yang membela sang adik. Namun, berlaku sebaliknya, begitulah kehidupan. seorang yang periang, seorang yang mendengar kata. Selain itu saya juga seorang yang lasak dan aktif kerana sering memasuki apa jua jenis pertandingan di sekolah rendah. Anataranya nasyid, marhaban, dikir barat, sukan, bersajak, bersyair dan banyak lagi. Ibu juga menyatakan saya seorang kakak yang penyayang terhadap adik-adik kerana mungkin sudah wujud sikap tanggungjawab sebagai kakak untuk menyayangi adik-adiknya. Di samping itu juga, saya amat rapat dengan moksu seperti gambar di tengah kerana saya merupakan anak buah kesayangan moksu ketika kecil. Saya juga akui saya gemar mencuba walaupun berakhir dengan kekalahan namun hal ini merupakan satu kepuasan kerana berani mencuba dan semestinya dengan dorongan keluarga. Tanpa mereka, siapalah diri ini, dan kerana doa mereka saya berada di sini mencoretkan kisah manis dalam kehidupan yang pernah saya lalui. Bukti keaktifan saya terserlah dengan parut yang banyak di lutut akibat berlari dan tidak takut jatuh banyak kali. Apa yang saya pelajari sewaktu kecil adalah sebanyak mana kita jatuh, kita menangis namun kita bangkit kembali untuk meneruskan perjalanan. Namun berbeza sudut dewasa, kita mudah mengalah dan berputus asa. Saya sering terlupa bagaimana terujanya saya dan bersungguhnya saya untuk mendapatkan sesuatu namun kini, saya sering berundur dan memilih untuk mengalah mendapatkan apa yang dimahukan. Gagal sekali, bukan bermakna kita gagal selamanya. Ada satu petikan menarik yang saya ambil daripada animasi Mulan iaitu “Tidak kira bagaimana angin bertiup, gunung tidak boleh tunduk kepadanya”.

Sewaktu di tadika, saya merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang dalam kalangan murid-murid dan sentiasa mendahului orang lain dalam kecemerlangan. Saya seorang yang tidak mudah mengalah kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat. Saya didorong oleh ibu, nenek, ayah dan moksu. Saya juga merupakan pelajar kesayangan sewaktu di tadika dan saya tidak pernah menghakimi kawan-kawan yang tidak tahu membaca dan menulis. Malah, saya gemar mengajar dan belajar bersama mereka agar mempunyai kecemerlangan yang sama.

Saya sudah pandai menaiki basikal seawal 5 tahun lagi. Hal ini kerana pada masa itu, nenek saya amat tegas dan mahu saya belajar dengan cepat agar saya dapat menjadi contoh kepada adik-adik. Nenek saya adalah orang yang selalu mendahului pelbagai hal kerana itu merupakan pencapapaian terbaik untuknya. Apa yang saya masih ingat, nenek memegang sebatang kayu sambil menunggu saya untuk mahir mengayuh basikal. Tidak dinafikan pada masa itu saya amat takut, namun beliau setia menemani walaupun di tangannya mempunyai sebatang kayu. Sekarang, saya percaya akan diri, beliau selalu mendorong saya untuk berani mencuba sesuatu yang baharu tanpa rasa takut.



Di bangku sekolah rendah, sewaktu berumur 7 tahun, saya sering bersaing dengan rakan karib untuk mendapatkan tempat pertama dalam pelajaran. Para guru juga selalu memberi semangat kepada saya agar dapat mendahului rakan untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas. Apa yang paling saya banggakan, walaupun setiap kali ujian, rakan saya, Dalilah sering menduduki takhta namun tidak pada akhir peperiksaan. Saya berjaya mendapat keputusan cemerlang di sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Pelbagai jenis hadiah yang diberikan oleh ramai orang dan kenangan itu tidak dapat saya lupakan sehinggakan pada ketika itu, tahun 2004, moksu memberikan computer mainan sebagai cenderahati.

Saya seorang yang tidak takut pada semua hal yang ingin dilakukan. Ketika berumur 8 tahun saya seorang yang amat aktif. Pagi hingga ke tengahari saya pergi sekolah kebangsaan, pulang pada jam 1.15 dan bersiap-siap untuk pergi ke sekolah agama. Pada ketika itu, sedikit rasa penat tidak pernah timbul dalam diri dan saya persoalkan hal itu pada masa kini. Ia amat memenatkan untuk seorang kanak-kanak namun begitu, pada waktu malam saya mempunyai Latihan silat di kampung sebagai asas benteng diri hinggakan lewat jam 11 malam. Saya akui pada masa itu, saya tidak pernah mengeluh malah bangga kerana mempunyai pencapaian silat berbanding rakan-rakan yang lain. Saya bersama adik sering membuat persembahan tatkala undangan hari perkahwinan dan mendapat banyak sambutan kerana kami masih kecil pada masa itu. Hampir setiap hari mempunyai rutin yang sama walhal kini saya amat letih dalam melakukan pelbagai hal. Saya masih ingat ketika itu, ibu selalu ada untuk mendukung saya dan memberi kata-kata semangat untuk saya melakukan yang terbaik dalam segala hal. Saya juga rindukan kantin sekolah di mana pada masa itu, saya dan rakan-rakan akan makan bersama sehinggakan makcik kantin berang terhadap kami kerana selalu meminta kuah laksa untuk diletakkan di dalam nasi lemak. Persahabatan kami alamdulillah tidak berhenti setakat itu kerana hingga kini, kami masih sering berjumpa walaupun masing-masing sudah mempunyai haluan. Kami sebagai satu kumpulan yang dikenali dalam sekolah kerana kami dalam kalangan antara pelajarr pintar. Setiap kali wujud acara yang diadakan di sekolah, pasti ada muka kami. Secara jujur, saya amat rindu kenangan pada masa itu. Kami pernah menyertai marhaban di sekolah agama dan masih terngiang suara halus di saat mengalunkan nasyid marhaban yang diajar oleh Ustazah Zakiah. Saya juga menyertai pertandingan mukhawah ketika darjah 2 di sekolah agama di mana saya dan rakan perlu berkomunikasi Bahasa arab dan kami ditemani ustazah Asiah ketika itu. Perasaan takut pada masa itu amat tinggi kerana saingan petah berbicara Bahasa arab. Namun, ustazah Asiah ketika itu, memberikan semangat agar kami tidak rasa gentar. Saya juga pada ketika itu, amat mudah menerima pelajaran khusunya sudut agama kerana para pengajar menarik minta pelajar untuk mudah faham dan mudah hafal. Saya juga amat bangga kerana minda saya amat mudah mengahal ayat suci al-quran di mana ketika itu, setiap pelajar perlu menghafal beberapa surah panjang, dan saya mampu menghafalnya dalam waktu yang singkat dan cemerlang. Itulah perkara yang saya paling bangga dahulu kerana mudah menghafal yang agak panjang dalam waktu singkat.






 






9 tahun, adalah umur bermakna bagi ibu, nenek dan keluarga kerana saya berhasil khatam al-Quran. Terima kasih tidak terhingga kepada guru mengaji saya Hajah Saodah yang banyak memberi dorangan dan didikan dalam menamatkan pembacaan. Pada ketika itu juga, saya merasa bangga kerana melihat semua wajah ceria dan mendapat penghargaan bunga telur dan macam-macam lagi. Syukur kerana saya diberi peluang untuk khatam ketika masih kanak-kanak. Selain itu juga, saya sering dijemput oleh pengantin yang berkhatam Al-Quran untuk sama-sama mengalunkan ayat suci tersebut. Hal ini mungkin kerana yang genit dalam membaca membuatkan para penonton gembira mendengar dan mengalunkan bersama di hari bahagia mereka.

Pada umur 12 tahun, banyak pertandingan yang saya dan rakan-rakan ceburi hinggakan guru emngajar bimbang akan keputusan UPSR pada ketika itu. Saya menyertai pertandingan nayid karaoke di sekolah kebangsaan Sungai besar hinggakan kami mendapat tempat kedua pada ketika itu. Kami menyayikan lagu halimatun saadiah sebagai ibu susu nabi dan hingga kini saya setiap patah perkataan dalam lagu tersebut masih bermain di ingatan. Saya juga menyertai nasyid di sekolah agama dan memegang rol pemain muzik utama iaitu congo dan bongo dan saya amat mahir dalam bermain alat muzik tersebut. Daripada hal tersebut juga, saya diberi kepercayaan untuk bermain alat muzik yang bernama ‘gendang ibu’ mewakili dikir barat dalam persatuan Putri Islam. Pada masa itu, saya seorang saja yang mampu mengendalikan alat tersebut dan mudah belajar. Dalam pada itu, kami mendapat johan dan layak untuk pergi ke peringkat negeri. Saya amat bangga dengan pencapaian saya ketika itu di mana saya suka menceburi apa jua jenis pertandingan di sekolah. Selain daripada itu juga, saya diberi kepercayaan untuk mengetuai ahli Putri Islam dan diberi kepercayaan sebagai penghuliwati. Pada ketika itu, walaupun merasakan diri saya tidak hebat seperti orang lain, namun ada guru yang mempercayai kebolehan saya untuk menyandang jawatan tersebut. Tambahan juga, saya juga gemar bersukan dan sering mendapat tempat pertama dalam acara sukan tahunan sehinggakan saya mengalahkan rakan yang yang handal dalam larian. Saya juga aktif dalam menyertai acara bola jaring hingga layak menjadi wakil sekolah pada ketika itu. Buktinya yang masih segar dalam ingatan, gambar dalam kad pengawas perpustakaan menampakkan bengkak muka akibat terkena balingan rakan yang kuat. Namun sayangnya gambar itu telah tiada. Tidak dapat digambarkan kebanggan saya pada ketika itu kerana setiap pelosok acara, pertandingan dan banyak lagi saya ceburi tanpa memikirkan kekalahan atau pun implikasi jika kalah.  

 


9. 

 


Nama panggilan ketika itu tiada, hanya panggilan biasa dalam keluarga seperti kakak, dan dhirah. Namun kawan-kawan pada ketika itu mula menggelar sebagai Nad mungkin memudahkan untuk menyebut. Tetapi, ada seorang rakan lelaki yang gemar menggelar saya dengan nama misae (seperti dalam kartun Sinchan). pada ketika itu, saya amat malu dengan panggilan tersebut. Menurutnya, panggilan itu sesuai dengan wajah saya yang mempunyai kumis berbeza dengan kanak-kanak perempuan lain. Namun, apabila kenangan itu menyapa kembali, saya merasakan hal itu menjadi sesuatu memori pada zaman kanak-kanak. Reaksi ketika itu amat mudah, saya tidak terlampau mengambil hati apatah lagi berdendam. Ssedkir perkaitan dengan nama panggilan, saya mempunyai panggilan baharu ketika menginjak ke alam sekolah menengah di mana saya digelar ‘chipmunk’ akibat daripada suara yang terhasil pada ketika itu. Ketika pindah ke sekolah baharu di SMKUA Sabak Bernam, saya berani melontarkan suara untuk mengawal kebisingan kelas pada ketika itu. Namun, mereka bukan kata takut, malah lebih kepada terhibur. Hal ini menyebabkan saya berasa nyaman dan lebih selesa untuk lebih rapat dengan mereka. Impak daripada itu juga, mereka menggelar panggilan tersebut hinggakan tingkatan 5. Lebih mengejutkan, panggilan itu dilabel oleh hampir satu ‘batch’ di sekolah saya. Mungkin kerana sikap itu, mereka lebih mudah mesra berkawan dengan saya.

10.



Lucu? Sudah pasti saya ada kenangan tersebut! 

Gagal lesen memandu hanya kerana break kecemasan!

Mungkin bagi sesetengah orang merasakan ia merupakan perkara yang simple. Namun, bagi saya ia adalah sebuah kenangan yang paling lucu dalam hidup saya kerana gagal break kecemasan semasa ujian memandu motorsikal. Hal ini berlaku pada kedua kali percubaan dalam ujian memandu motorsikal tersebut kerana hal ini tidak patut berlakuk dalam kalangan peserta. Niat di hati pada ketika itu adalah untuk membuat aksi yang agak menakjubkan seperti punyai zassss ketika break motor. Namun saya salah langkah, ketika melakukan break kecemasan, saya melebihi garisan yang sepatutnya malahan pemantau yang bertugas lihat akan kejadian tersebut. Dalam hati pada masa itu, “alamak… habislah aku…” hati semakin berdegup kencang hinggakan pada saat mengambil kertas ujian sudah terbukti “gagal” yang menerpa dalam kertas tersebut. Saya pulang dengan rasa kecewa dan berharap nenek tidak marah dan bersyukur, nenek saya memberikan kata-kata semangat untuk jangan mengalah dan sering berdoa agar dipermudahkan. Pada keesokan harinya, saya pun bercerita kepada rakan-rakan untuk berkongsi dan tidak semena-mena cikgu Razak mendengar perbulan saya dan rakan. Hal ini juga berlarutan seminggu kerana cikgu sering mengaitkan pembelajaran momentum dengan keadaan saya yang gagal dalam ujian memandu motorsikal. Namun, hal ini amat lucu bagi saya kerana mereka memperoalkan penampilan saya yang kecil mampu membawa motor dan pula gagal dalam break kecemasan. Ada yang mengatakan ‘mungkin nak tunjuk hebat lah tu’. Hehe..sedikit pun saya tidak mengambil hati dengan usikan dan perkaitan antara saya dan pembelajaran sains ketika tingkatan 4. Hal ini dianggap lucu bahkan saya suka melihat orang gembira dengan gelagat saya yang menghiburkan. Saya juga dikenali sebagai seorang yang ceria malahan sering menceriakan suasana.

 

Kenangan hidup di asrama ketika sekolah menengah

Perkara yang saya tidak dapat lupakan sampai bila-bila. Saya mula pindah di asrama SMKUA (Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Aziz) ketika berumur 14 tahun. Saya mula mengenal suasana asrama dan bijak mengurus diri sendiri semasa di asrama dan saya hargai setiap detik pengalaman indah, pahit, manis, jerih mahupun perih. Kehidupan di asrama menurut saya penuh dengan warna warni kerana mempunyai rakan setiap masa. Ada ketika suatu masa, kami tidak dibenarkan membawa makanan luar ke dalam asrama kerana ditakuti akan memberi kesan tidak baik kepada pelajar seperti keracunan makanan dan sebagainya. Namun, ada seorang rakan saya ketika itu amat lapar, dan hamper satu dorm inginkan nasi lemak di kantin sekolah kami iaitu di luar pagar asrama. Apa yang kami lakukan ketika itu adalah berpura-pura untuk keluar asrama untuk berjumpa keluarga namun kami membeli sejumlah nasi lemak yang banyak dan meletakkannya di pagar belakang asrama perempuan dengan tujuan apabila kami memasuki asrama tidak membawa sebarang makanan daripada luar. Hal ini berlanjutan sehinggakan pada suatu hari, warden asrama mendapati hal ini berlaku dan tidak sempat kami mengambil makanan tersebut, makanan sudah diambil dan hal ini membuatkan kami berasa lucu kerana sudah terkantoi dengan ustaz. Pada saya, warden asrama pada ketika itu amatlah garang hinggakan pada malam orientasi, kami diminta memakai baju sekolah lengkap dan membawa baldi mandian ketika jam 1 pagi di mana semua pelajar sedang diulit mimpi indah. Walaupun suasana ketika itu agak kucar-kacir, hal ini memberi keseronokan pada semua kerana ada yang memakai kasut basah, baju mahupun tudung yang telah dibasuh untuk dipakai keesokan harinya. Menurut saya, itu adalah pengalaman melucukan kerana kami merasakan berada di kem askar. Tambahan juga, kami tidak disediakan air masak selain daripada air mineral yang dibawa dari rumah. Jadi, pemakanan mi segera yang sudah sinonim dengan ‘budak asrama’ pada ketika itu menjadi rutin yang survival kerana kami akan menggunakan air mineral dan mi segera lalu menunggu mi segera siap untuk di makan setelah habis waktu prep. Kami juga pernah makan mi segera ruski pada ketika itu dalam sebuah baldi beramai-ramai namun apa yang melucukan, saya dan rakan menggunakan air paip. Apa yang mengejutkan ketika itu, semua ahli dorm makan seperti ‘piranha’. Bahkan, rakan yang mengenakan mereka ketawa dan menceritakannya setelah mi segera habis dimakan. Meningjak kepada tingkatan 5, kami bertukar warden asrama yang dinamakan Uztaz Alias. Apa yang menyeronokkan pada ketika itu, uztaz menyediakan makanan murah untuk dimakan pada waktu malam untuk pelajar asrama dan hal ini mengejutkan para guru di mana pelajar asrama tiada masalah ‘fly keluar asrama’ atau sinonim dengan tidak menyelinap keluar asrama untuk mencari makanan. Ada suatu ketika, uztaz mengarahkan kami untuk mematikan lampu di awal jam 11 malam. Namun, terdapat para pelajar yang mengulangkaji hingga lewat malam sehingga memaksa ustaz untuk masuk ke dalam asrama. Hal yang paling melucukan, sampah di luar dorm yang penuh ketika itu dilemparkan ke dalam dorm oleh ustaz kerana di biar bertaburan. Semua pelajar bangun dan diam pada ketika itu. Namun, semua dorm terkena kerana uztaz begitu marah di samping tidak tidur, asrama perempuan juga teramat bising! Pengalaman yang sungguh mencuit hati. Kami juga pernah dedenda kerana tidak turun berbuka puasa di dewan makan kerana telah membawa makanan luar apabila pulang daripada bercuti. Kami diarahkan turun dan hanya diberi kurma dan air manis ketika berbuka selama beberapa minit. Hal ini amat melucukan kerana sebilangan besar daripada pelajar adalah pelajar tingkatan 5 yang menganggap paling senior pada ketika itu. Kenangan asrama paling banyak dan tidak akan saya luapakan. Sementelahan itu, apa yang saya ingati adalah, ketika di ruangan prep ketika itu, para pelajar biasanya mengambil masa prep petang untuk tidur. Apa yang mengejutkan adalah, uztaz memasuki ruangan kami secara mengejut dan menjerit “ohh tidur ya”. Reaksi kami pada ketika itu amat huru-hara kerana majoriti daripada kami mengambil peluang untuk tidur setelah pulang dari sekolah. Secara totalnya, pelbagai asam garam keika di bangku sekolah apatah lagi dalam asrama yang tidak dapat saya lupakan.

 

Kenangan FYP ketika di politeknik

Bidang ketika saya berada di Politeknik Nilai adalah diploma Landskap Hortikulur yang memerlukan banyak praktikal secara fizikal. Pada ketika itu, pelbagai perkara yang tidak pernah saya lakukan seperti membancuh simen, memasang tile, bekerja umpama buruh binaan dan pelbagai kenangan manis dan pahit. Perkara yang paling indah, walaupun penat suasana masih ceria kerana masing-masing menikmati masa tersebut dengan menyanyi bersama, penat bersama. Apa yang mengujakan adalah, kami berusaha meratakan simen secara ramai-ramai. Bagi yang perempuan, saya dan rakan-rakan tidak sempat untuk berhias dan tangan menjadi kasar kerana membuat kerja berat. Pengalaman yang indah tidak akan saya lupakan di mana kami sendiri mencari bahan untuk menyiapkan tugasan setiap kumpulan seperti (tempat berteduh, hiasan tanaman, seni dinding, tempat duduk, laluan pejalan kaki dan seni ukir). Kami dibandingkan dengan buruh Bangladesh kerana kami menggunakan hitam dek terkena cahaya matahari setiap hari selama 4 bulan. Detik yang paling melucukan apabila setiap junior yang melewati kaki lima akan takut dengan kami kerana dikhuatiri mengganggu. Kenakalan kami juga tidak dapat dinafikan kerana bagi mengelakkan kebosanan, kami memutarkan lagu dalam nada yang kuat walhal kami berada di sebelah surau pelajar. Kami juga akan pulang lewat malam dan pada suatu ketika, pagar dikunci oleh pengawal keselamatan bertugas. Kami mengambil keputusan untuk memanjat beramai-ramai kerana mahu pulang ke rumah dalam keadaan berperluh, berpasir dan kotor. Kumpulan saya terutamanya “tempat brerteduh atau shelter” pernah mengalami ketidaktepatan dalam pengukuran dan terpaksa buka semula walhal semua pelajar sudah mula menaikkan tiang masing-masing. Kami juga sering bergurau antara satu sama lain kerana tahu detik itu tidak akan berulang pada masa hadapan. Semua perempuan pada masa itu, membuat kerja berat sama seperti lelaki bahkan itu merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Walaupum kami sering ditekan pensyarah untuk menyiapkan selaras dengan masa yang ditetapkan, kami tidak pernah rasa stress bahkan lebih santai dan bekerjasama dalam satu kumpulan. Semuanya tinggal kenangan kini dan semua telah ada kehidupan masing-masing yang lebih baik. Lupa saya nyatakan, konsep dalam taman tersebut adalah “Islamic Garden” yang berkonsepkan islamik. 

Di bawah adalah proses semasa pembinaan dijalankan :

 



Di bawah adalah hasil setelah siap :

 



Ketika awal projek FYP dijalankan. Pada ketika itu masih ramai bertopi setelah beberapa hari, semua pelajar redha muka kami burn.

 

Setelah selesai pembentangan kepada agensi industri


Bersama penyelia kumpulan kami “shelter”


Gambar meraikan kejayaan dan perpisahan

 

11.

Buku kegemaran :

Tiada, kerana saya seorang yang suka mendengar berbanding membaca buku. Saya juga lebih gemar melihat visual dan hal ini membuatkan saya lebih mudah faham dan masuk ke hati berbanding membaca buku. Bukan saya mahu memperkecilkan kelebihan membaca buku. Namun, saya mendapati saya seorang yang mudah bosan dan mengambil masa yang lama untuk menghadap isi buku. Saya juga akui kelebihan membaca adalah cara yang terbaik untuk mendapat ilmu , mematangkan diri. Saya juga percaya setiap orang berbeza dari segi minat dan bagaimana seseorang mendapatkan sumber ilhamnya untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, saya hargai personaliti diri saya dan saya hormatinya.

12.

5 tahun akan datang :

Stabil :

Seorang yang sudah agak stabil dalam emosi, mentaliti dan fizikal, mempunyai kewangan, keluarga, mampu melunaskan bayaran PTPTN. Saya melihat pada 5 tahun akan datang saya mampu memberi hasil gaji kepada kedua ibu bapa dengan labih banyak untuk lebih berkat. Saya juga mengimpikan simpanan yang mencukup untuk ke tanah suci kerana pada masa kini saya hanya menyimpan niat dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan yang terbuku di hati.

Berkaliber :

Saya juga dapat melihat diri saya sebagai seorang yang berkaliber, dihormati dan disegani pada peringkat awal. Dari kecil lagi saya mengimpikan menjadi orangcyang dihormati dan disegani. Walaupun hal ini berlainan pendapat dengan orang lain, namun bagi saya aspek ini setelah stbail saya mampu menjadi orang yang dibanggakan oleh kedua ibu bapa saya malahan juga orang kampung. Saya juga amat berbesar hati jika ditakdirkan menjadi orang kenamaan di Malaysia suatu hari nanti. Namun, hal ini bergantung pada niat seseorang bak kata orang ‘betulkan niat dahulu’. Saya meninginkan untuk membuka satu rumah persaraan orang tua yang berkonsepkan lebih terbuka. Saya berhajat untuk mengubah persepsi warga tua agar tidak bersedih apabila masuk ke rumah orang tua dan lebih berkonsepkan ‘sense of welcoming’ dan merasai seperti kampung halaman tersendiri. Anak-anak juga boleh menjenguk kedua ibu-bapa mereka. Kita sedia maklum terkadangnya anak-anak menghadapi masalah kerja dan keluarga. Oleh itu, semoga dengan niat saya ini dapat membantu orang ramai dan anak-anak tidak dilabel sebagai anak derhaka jika meletakkan ibu bapa mereka di rumah persaraan saya. Mungkin juga dalam 5 tahun ini, saya telah mula berjinak-jinak untuk meralisasikan impian tersebut. 

Ceburi bidang perniagaan :

Saya juga menjangkakan bahawa kehidupan yang lebih baik akan menyusul untuk saya memulakan adalam menceburi perniagaan untuk menjamin masa hadapan. Saya percaya dan yakin Tuhan telah menetapkan yang terbaik untuk saya dan keluarga tanpa ragu kerana saya berdoa agar sentiasa diberi kejayaan demi keluarga saya. Saya amat gemar melihat peniaga besar yang berjaya dapat membantu orang ramai terutamanya ketika wabak banjir temph hari. Saya mahu ceburi bidang ini, jika ditakdirkan Allah, saya dapat membantu orang susah yang sama nasib seperti saya agar mereka merasa ringan dan sentiasa bersyukur. Saya akui, dalam ujian kita dapat memperbaiki diri namun jika diberi kesempatan saya tidak mahu melihat orang susah terutamnya warga tua. Saya ingin menjadi orang yang hartawan sekaligus dermawan. Dengan menceburi bidang ini sedikit sebanyak saya dapat menggandakan saham akhirat yang tidak seberapa kini. Semua orang pasti mengimpikan syurga, lanjutan daripada itu kita sendiri yang harus berusaha sehabis boleh seperti nukilan karya seni tanah air yang mengatakan syurga bukan percuama. Secebis ingatan saya tentang satu ceramah, manusia akan dapat seperti apa yang dia sangkakan kepada Allah, maka jika kita percaya dan sangka Allah akan permudahkan urusan dunia akhirat, maka Dia akan permudahkan dan kuatkan diri kita. Perniagaan juga adalah satu sunnah daripada Nabi Muhammad S.A.W., maka daripada itu, saya akan berusaha untuk mengikuti sunnah dan minat sendiri.

Dapat perbaiki diri dan dapat menutup aurat lebih baik:

Saya juga mahukan yang terbaik untuk diri jika diberi peluang dan bernafas lebih panjang untuk memperbaiki kelemahan diri dalam urusan akhirat seperti lebih bersedekah, menutup aurat sebaiknya, merendah diri dengan siapa pun. Kini, saya akui saya lebih mengikut trend dan tidak statik dalam etika pemakaian Islam. Setiap Wanita pasti terdetik untuk menutup aurat mereka, namun ujian dalam diri adalah besar berbanding anasir luaran. Maka, dengan niat ini semoga kita sama-sama dapat menurut perintah Tuhan bahkan bukan sahaja menutupi aurat, saya juga tidak mahu tergolong dalam golongan yang sering mengata-ngata umpama diri sempurna. Semoga kita semua dapat memperbaiki diri.

Berilmu :

Saya juga ingin menjadi orang yang berilmu dan memanfaatkan ilmu ini sebaik mungkin terutamanya kepada generasi akan datang. Segala percancangan hanyalah datang daripada saya dan ketentuan dan urusan sebulat-bulatnya saya serahkan kepada yang Maha Esa. Saya juga menjangkakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak semestinya dalam bidang pendidikan, malah semua sisi kehidupan adalah proses ilmu. Maka, saya melihat diri saya akan lebih matang jika berilmu. "Barangsiapa belum pernah merasakan pahitnya mencari ilmu walau sesaat, ia akan menelan hinanya kebodohan sepanjang hidupnya." - Imam Syafi’i. Kata-kata ini pernah diungkap oleh seorang uztaz saya dan hal ini memberi tamparan hebat kepada saya. Saya menghargai setiap ilmu kerana perkara tersebut dapat mengubah dunia. Pentingnya ilmu adalah untuk meningkatkan tahap pemikiran diri saya lebih-lebih lagi sebagai wanita yang akan menerajui anak-anak di rumah. Ilmu menjadi alat untuk pembangunan peribadi, keluarga, masyarakat dan Negara. Ilmu sangat penting dalam kehidupan seperti air hujan yang membasahi bumi. Tanpa air kehidupan akan menjadi sukar dan terjejas. Ilmu yang saya maksudkan adalah terbuka sama ada ilmu perniagaan, ilmu kekeluargaan mahupun ilmu keagamaan kerana kehidupan adalah landasan ilmu, pada pendapat saya.

Perumpamaan Orang Berilmu ;

عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ

Dari Abu Musa dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutusku untuk menyampaikannya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ketanah. Diantara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air (subur) sehingga dapat menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput yang banyak. Dan ada tanah yang keras lalu menahan air (tergenang) sehingga dapat diminum oleh manusia, memberi minum haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman. Dan ada tanah yang permukaannya yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan tanaman. Perumpamaan itu adalah seperti orang yang belajar agama yang faham dan dapat memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan mengajarkannya. Begitu jugalah perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya”. (HR Bukhari No: 77). Status: Hadis Sahih

13.

 

Perkara yang suka pada masa lapang adalah lebih banyak menghabiskan masa bersama kelaurga. Walaupun hanya duduk di rumah namun kualiti bersama lebih membuat saya bahagia. Saya mengharapkan tiada satu detik terlepas dalam hidup untuk bersama mereka selagi Allah memberikan kesempatan. Waktu berharga yang paling menggembirakan adalah ketika musim perayaan. Walaupun keluarga kami kecil, namun itulah yang paling bermakna di mana saya dan sepupu dapat bersama sama menyiapkan persiapan raya bersama dengan memasak, menyiapkan pakaian, menyiapkan hidangan dan banyak lagi. Semakin dewasa, saya merasakan berada di samping keluarga adalah yang terindah. Hal ini kerana semakin usia saya meningkat, usia mereka juga meningkat bahkan saya tidak tahu bila Allah akan mengambil mereka. Justeru hal inilah yang paling saya sayang. Adakalanya saya suka berada di fasa ‘sendirian’ untuk menenangkan fikiran. Aktiviti yang saya gemari lebih kepada pergi ke tempat membeli belah sendirian. Hal itu merupakan perkara yang saya suka untuk diri sendiri sebagai ‘reward’ setelah melakukan sesuatu. Aktiviti ini sekaligus dapat menghilangkan tekanan saya dan dapat merembeskan mood ketenangan diri dalam kehidupan seharian.

Bagi perkara yang saya kurang suka adalah menghabiskan masa dengan gajet setiap hari di mana saya gemar melihat kehidupan orang berbanding kehidupan saya. Hal itu kurang baik kerana menurut saya dapat menghilangkan rasa syukur terhadap anugerah tuhan. Saya sering terikut-ikut dengan fesyen dan kehidupan mewah para ‘influencer’.

14.

     

           

Saya melihat diri adalah orang yang menghargai kawan-kawan yang masih dalam ‘circle’. Semakin dewasa, kuantiti kawan saya berkurang namun itu tidak menjadi masalah kerana kuantiti adalah lebih baik. Saya menyingkap kembali kegembiraan kerana mempunyai teman yang ramai namun yang betul-betul ada tatkal akita berduka dan susah hanyalah segelintir. Nadirah, Zureen, Ain, Hidayah dan Amirah Alia adalah yang paling saya jaga hubungan agar kekal sampai bila-bila. Walaupun pernah berlaku sedikit salah faham, namun itu hanyalah kenangan semasa zaman muda. Kami kini berada di peringkat umur dewasa kerana sudah menjejak usia 25 tahun. Pelbagai kenangan pahit dan manis bersama tidak dapat dilupakan. Saya seorang yang akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu mereka dalam kesusahan begitu juga sebaliknya. Saya bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik dalam kehidupan ini. Kami sering berkongsi certa, masalah dan pendapat untuk kerana keakraban yang dibina umpama adik-beradik yang bersatu. Namun begitu juga, setelah melangkah masuk kea lam universiti, saya menemukan seorang rakan Shahida yang dianggap baik dan sekepala kerana sering menegur saya jika melakukan kesilapan begitu juga diri ini. Saya mahukan kejayaan bersama dirai ketika menjelang detik konvokesyen suatu ketika nanti. Kami gemar menolong antara satu sama lain hinggakan ada suatu ketika, beliau kekurangan daan untuk membeli makanan maka saya menghulurkan bantuan semampunya. Begitu juga dengan dirinya, jika saya mengalami kekurangan wang, beliau membantu saya sebaik mungkin. Hal ini juga berlaku pada rakan saya Amirah, semasa menjalani latihan industri 2018, kami sering membantu antara sama lain bagi mengelakkan kepayahan terasa ketika itu. Kini, saya tidak lokek memberi segala jenis bantuan kepadanya yang juga banyak membantu saya ketika saya dalam kesempitan pada waktu latihan industri dahulu.  Saya juga seorang yang jujur dan tidak mengampu kepada rakan kerana sebuah teguran yang positif dalam menguatkan lagi hubungan sillaturrahim. Adakala kita tersasar jauh begitu jualah rakan yang hanya manusia biasa. Tiada salahnya jika kita menarik rakan-rakan ke arah kebaikan. Saya melihat diri saya sebagai penyokong yang tegar kepada rakan-rakan yang saya sayang kerana salah satu sistem sokongan adalah dari rakan yang terbaik. Contohnya, keputusan yang mereka buat untuk menentukan kehidupan yang lebih baik, saya sebagai rakan memberi sokongan penuh dengan titipan doa agar mereka dipermudahkan segala urusan. Maka, daripada sokongan itu lah saya akan menjadi pemberi semangat daripada banyak sudut untuk keperluan mental dan psikososial. Saya juga sering tidak berdendam atau terasa hari dengan rakan-rakan hebat saya kerana persengketaan akan menyebabkan hubungan rapuh dan runtuh. Saya juga seorang yang tidak gemar menjadi seorang yang hipokrit dalam bersaaudara bersama rakan-rakan kerana hal ini akan menyebabkan perselisihan faham antara pihak. Maka, sebolehnya saya akan menjaga hubungan agar kami sentiasa berlapang dada tanpa rasa iri hati, dendam mahupun hal-hal negatif yang lain. Apa yang paling membanggakan saya adalah, ketika rakan-rakan mempunyai hari bahagia masing-masing contohnya perkahwinan, menimang cahaya mata dan lain-lain. Saya gemar memberi buah tangan kecil bagi mereka tanda penghargaan mereka walaupun begitu, syukur setiap buah tangan yang diberi mereka hargai. Ironinya, ini adalah sedikit sebanyak perasaan yang dapat saya nukilkan sebagai seorang rakan yang baik. Namun, dengan rasa rendah hati saya hanya insan biasa yang punyai banyak kelemahan dan sedang berusaha untuk menjadi lebih baik. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan masing-masing dan diharapkan mereka menyayangi saya sebagaimana saya juga sayang akan mereka. Moga ikatan persahabatan ini akan terus kekal hingga ke Jannah. 


 

15.

Keluarga


Keluarga adalah kepentingan dalam duniawi dan ukhrawi. Tanpa mereka, terutamanya ibu bapa, saya tidak akan lahir ke dunia ini. Pemberian terindah daripada Allah S.W.T kerana mengizinkan saya punyai keluarga berbanding anak-anak kecil yang sudah tiada ibu bapa ketika ini. Saya tidak dapat membayangkan jika saya tidak punya keluarga, mungkin kini kehidupan saya terumbang-ambing tanpa hala tuju, tiada pendidikan yang cukup, pakaian yang memadai, makanan yang enak dan menjadi kegemaran hidup dan banyak lagi. Anugerah ini adalah pemberian yang amat saya hargai. Apabila meningkat dewasa, semakin jelas bahawa kelaurga adalah nikmat dan tanpa nikmat ini, saya akan menjadi orang yang sangat rugi. Rasa cinta, kasih dan sayang terbentuk dalam institusi keluarga ini menjadikan saya seorang yang mampu dan ingin mewujudkan sikap tolong-menolong orang yang dalam kesusahan. Tidak dapat saya bayangkan jika saya berada di tempat mereka, saya tidak akan kuat seperti mereka. Sistem sokongan dalam keluarga juga amat memainkan peranan besar di mana menempatkan saya di posisi kini bahkan adik-adik yang lain. Bukan sahaja keluarga rapat, namun kelaurga besar saya terutamanya nenek dan datuk saya. Mereka adalah penguat saya untuk menjadi orang yang lebih baik. Tidak terbalas segala jasa yang dicurahkan kepada saya sedari kecil hingga dewasa dan segala penat Lelah mereka amat saya hargai. Demi mereka, saya berhasrat untuk menjadi orang yang terbaik serta dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kesedihan melihat tubuh tua mereka membesarkan kami empat beradik tidak terniali bahkan saya sering berdoa kepada tuhan agar umur mereka dipanjangkan agar mereka dapat merasai kejayaan yang saya peroleh. Tidak sanggup hati ini melihat setitis air mata mengalir di wajah tua mereka kerana kecewa kepada saya. Saya berharap kekecewaan terhadap saya dan adik-beradik tidak akan wujud kepada mereka. Sedari kecil, mereka yang mengasuh saya tatkala ibu dan ayah bekerja. Setiap keperluan kami akan mereka penuhi walaupun sulit mahupun sukar. Kepentingan semua ahli keluarga termasuk saudara mara yang dikasihi. Tambahan lagi, kelaurgalah yang tidak akan meninggalkan kita dalam keadaan apa pun terutamanya ibu dan ayah. Contohnya dalam kesempitan, mereka lah orang pertama bahkan dalam kesakitan mereka lah yang paling khuatir. Tuntasnya, keluarga adalah amatlah penting dalam kehidupan saya.

Ilmu

Walaupun kini, manusia lebih mementing ‘survival’daripada ilmu, namun hal inilah yang menjadi wacana pedoman kehidupan. Tanpa ilmu terutamanya ilmu akhirat akan membinasakan umat manusia. saya mengakui adakalanya iman turun naik malah senipis kulit bawang. Namun, ilmu lah yang memberi laluan kepada manusia bagi membezakan antara hak dan batil. Bak kata P.Ramlee, ilmu agama itu di dada, ke mana sahaja mereka pergi pasti akan kembali ke fitrah kerana terletak di hati. Dalam menempuh alam remaja hingga dewasa, pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencuba, menceburi ke arah yang mungkin membawa kepada kepincangan iman. Namun, sebagai umat Islam yang sudah mempunyai ilmu asas pasti tidak akan tersesat. Menurut saya, ilmu duniawi juga penting dalam aspek kehidupan sebagai contoh kepentingan ilmu keibubapaan, keluarga, psikologi, hak-hak wanita dan banyak lagi dapat menjadikan seseorang itu bijak dalam membuat keputusan. Tidak dinafikan, ada yang masuk dalam bidang politik, maka perlu ada ilmu politik malahan hal ini menjurus kepada pentadbiran yang cekap. Jika kita masuk ke sesuatu bidang tanpa ilmu akan membuatkan kita tersasar jauh dan tiada hala tuju yang benar. Maka, pentingnya ilmu pendidikan lebih-lebih lagi kanak-kanak pada masa kini yang terdedah kepada bahaya media sosial yang mewar-warkan kepentingan tanpa pendidikan sekaligus akan meruntuhkan akhlak mereka. Pentadbiran akan datang mungkin akan goyah jika tidak dibending sedari kini. Di sini, saya amat mementingkan ilmu dalam menakhoda kehidupan untuk kesejahteraan dan keberkatan dunia akhirat. Jika ilmu tidak disertakan amal, kelak ilmu juga akan menjadi sia-sia. Saya juga bersyukur diberi peluang dan jalan untuk menuntut ilmu, walaupun pada peringkat diploma dalam bidang berbeza, namun hal tersebut amat memberi manfaat kepada saya dalam teknik, pemangkasan pokok, proses hybrid(kahwin) pokok, mengenas jenis turf(rumput), jenis pokok dan banyak lagi. Ilmu yang saya pelajari disertakan dengan pengalaman indah yang paling bermakna. Segala tunjuk ajar daripada guru daripada tadika hingga kini amat saya kagum. Merekalah insan hebat yang menyebarkan ilmu bermanfaat untuk individu-individu hebat.

Wang ringgit

Umum mengetahui wang bukanlah segala-galanya. Namun menurut saya, hal tersebut merupakan pendapat individu. Saya pernah mendengar kata nukilan daripada platform media sosial (Instagram), walaupun wang bukan segalanya tetapi hal tersebut akan mempengaruhi gaya hidup seperti contoh pengambilan makanan, pendidikan anak-anak, keselesaan persekitaran dan banyak lagi. Ingin saya katakana tidaklah diri ini mahu menjadikan miskin itu sebagai golongan yang hina, namun sebagai khalifah yang bertanggungjawab bijak menggunakan sumber wang dalam kelansungan kehidupan. Saya juga mengimpikan mempunyai wang yang banyak agar saya dapat memberi manfaat dalam membantu golongan susah suatu hari nanti. Saya amat terkesima melihat para peniaga hebat yang diberikan rezeki lebih daripada Allah S.WT menggunakan untuk membantu para golongan tersejas ketika musim banjir terseut. Saya berazam bahawa saya juga akan berada pada tahap itu dengan yakin jika diberi keizinan oleh Allah. Selain itu juga, dengan wang saya dapat membahagiakan keluarga saya tanpa perlu mereka berpenat lelah mencari wang lagi. Saya juga pasti semua orang mahukan kehidupan sebegitu agar keluarga tercinta dapat dimewahkan untuk perolehi apa jua yang dihajati. Semoga kita sama-sama dapat bahagiakan keluarga tercinta. Maka, kepentingan wang ini adalah sinonim dalam kehidupan manusia dalam merencana kehidupan dalam aspek simpanan, pernigaan, sadaqah, kesihatan dan banyak lagi. Hakim Hiram RA meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda: Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka mulailah untuk orang menjadi tanggunganmu dan sedekah paling baik adalah daripada orang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka sesiapa berusaha memelihara dirinya, Allah SWT akan memeliharanya dan sesiapa berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya. (HR Bukhari)

16.



Menurut sisi seorang anak, keluarga saya adalah keluarga yang bahagia dan menyayangi antara satu sama lain. Buktinya, jika salah seorang ahli keluarga ditimpa kesusahan, pasti akan saling membantu. Kelaurga saya juga adalah berlatarbelakangkan status sederhana bahkan bukan daripada golongan berada. Namun, apa yang penting adalah nilai kasih sayang dan harmoni dalam keluarga. Kehidupan kami saling melengkapi bahkan semakin dewasa, kami lebih menghargai satu sama lain apatah lagi belum ada yang berumahtangga. Namun, sikap kasih sayang yang dikongsi lebih berkualiti kerana penghargaan ini perlu dijalin selamanya. Keluarga saya juga gemar berkongsi detik-detik indah bersama walaupun tidak mampu bersiar-siar jauh seperti orang lain. Namun, detik itulah paling bermakna dan tidak akan dilupakan hatta saya sudah tua kelak. Kami juga saling bersikap toleransi antara satu sama lain kerana keputusan individu pasti mahukan terbaik. Contohnya, ibu bersetuju dan menyokong saya memilih untuk berpindah sekolah dan tinggal di asrama dengan tujuan mandiri. Ketika itu, walaupun berat, namun saya yakin kelebihan tinggal di asrama mampu mengajar saya erti kehidupan mandiri dan lebih menghargai keluarga. Keluarga kami juga saling menyokong antara satu sama lain di mana keputusan adik lelaki berhasrat untuk mendirikan rumahtangga direstui kedua ibu bapa seiring dengan restu nenek dan atuk. Keputusan antara kelarga adalah amat penting dalam sistem sokongan bagi membentuk persefahaman yang harmoni dalam institusi keluarga ini. Semoga keluarga ini dilindungi, mendapat keberkatan dan diterima Allah.

17.

Tujuan utama saya hidup adalah untuk mendapatkan syurga Allah dan dapat membalas jasa kedua ibu bapa serta orang yang saya sayangi. Jika tiada hala tuju tersebut, mungkin kini saya akan lebih mudah berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Keluarga adalah tulang belakang saya untuk berdiri teguh dan matlamat untuk saya gapai kejayaan hidup dan mati. Saya mahu menjadi anak yag solehah sering mendoakan ibu bapa agar kelapangan urusan diberi oleh Yang Maha Esa. Kedua, tujuan untuk membawa kedua orang tua dan orang yang saya sayangi pergi ke Makkah secara beramai-ramai mencari redha Allah. Tidak dapat digambarkan jika impian tersebut menjadi kenyataan pasti saya adalah orang paling gembira di dunia ini. Tujuan hidup saya secara izharnya berpandukan orang tersayang kerana mereka adalah penguat saya berada di atas muka bumi ini. Saya tidak mahu melihat sedikit kesedihan pun di wajah tua mereka. Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk membahagiakan orang tuaku serta ornag-orang yang aku sayang. Sesungguhnya rencanaMu adalah yang terbaik bagiku. Menyingkap kepada tujuan yang lebih jelas, saya mahu hidup saya memberi manfaat kepada diri dan orang lain bukan mengharap balasan tetapi untuk kepuasan diri sendiri. Maka, itulah tujuan hidup terbesar saya. Saya juga meneruskan perjalanan hidup dengan harapan untuk tidak lagi menyusahkan orang lain bahkan saya mampu mengotakan hajat mereka selagi mampu. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang mampu membalas. Hidup, jika gelap pasti akan berasa gundah upama tiada hala tuju, tidak mengetahui bahaya di keliling, namun jika berada di tempat yang terang, destinasi akan mudah dituju kerana nampak. Secara totalnya, kehidupan bertujuan dapat dikaitkan dengan tempat terang manakala tiada tujuan boleh dikatikan dengan tempat gelap. Akhir kalam, segala tujuan haruslah bersikap tawakal kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Saya serahkan urusan jodoh, hidup dan mati sebulat-bulatnya hanya pada Allah yang satu.

Secara keseluruhannya, saya amat berbangga kerana dapat menghabiskan tugasan sekaligus memgimbau kembali kenangan silam semasa kanak-kanak serta kegembiraan diri juga kualiti dalam sebuah kehidupan. Sebagai manusia, perjalan kehidupan adalah persinggahan sementara untuk menuju ke arah dunia hakiki. Apa yang dilalui kini hanyalah secebis kehidupan dan sewajibnya bersandarkan kepada Tuhan. Sesuatu yang di cari adalah kebahagiaan akhirat. Perit di dunia tidak mengapa asalkan akhirat bahagia. Konsepsi dalam coretan ini merupakan karya sendiri dengan dorongan para pensyarah serta keluarga. Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran untuk Dr. Zarinah Ismali sekali lagi atas segala ilmu yang dicurahkan. 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment

KENALI SAYA (tujuan pembelajaran)

“Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?” -Hamka. Set...